00:00Pegerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan,
00:04MIC masih kekal sebagai parti komponen dalam gabungan itu
00:08dan tidak pernah mengemukakan sebarang kenyataan rasmi untuk keluar daripada BN.
00:13Menurutnya, meskipun timbul isu berkaitan surat yang didakwa dihantar kepada Perikatan Nasional,
00:18perkara itu dinafikan kepimpinan parti MIC.
00:24Takat ini mereka adalah anggota atau parti teras dalam Barisan Nasional.
00:30Ada sebarang perbicaraan?
00:31Mereka tidak pun menyatakan untuk keluar daripada BN secara resmi.
00:39Walaupun ada surat yang telah dihantar kepada Perikatan Nasional,
00:43tetapi sebaliknya mereka menafikan bahawa mereka pernah memohon
00:48untuk menyertai parti berkenaan walaupun ada surat memperlihatkannya begitu.
00:53Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan
00:58Perhimpunan Agung Kongres India Muslim Malaysia Kimah ke-46
01:03bagi tahun 2025 di Ibu Negara pada Sabtu.
01:07Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika mengulas
01:09mengenai kedudukan MIC dalam BN,
01:14susulan spekulasi mengenai hubungan parti itu dengan gabungan lain.
01:16Sebelum ini, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takirin Hassan memberitahu
01:21pihaknya akan menyerahkan surat rasmi kepada MIC
01:24bagi memaklumkan penerimaan parti itu sebagai parti anggota dalam gabungan berkenaan.
01:29Terima kasih telah menonton!
Comments