Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kenyataan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berhubung cadangan menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka adalah pendapat peribadi dan bukannya pendirian atau keputusan BN.
Transcript
00:00Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan,
00:04kenyataan Datuk Seri Ahmad Maslan berhubung cadangan menangguhkan pilihan raya negeri PRN Johor dan Melaka
00:09adalah pendapat peribadi Ahli Parlimen Puntan itu.
00:13Tegas Zahid, cadangan Ahmad yang juga ahli majlis tertinggi UMNO itu
00:16tidak mewakili pendirian atau keputusan UMNO mahupun BN.
00:23Itu adalah padangan peribadi beliau dan bukan pendirian UMNO ataupun Barisan Nasional.
00:30Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Perimpunan Agung Kongres India-Muslim Malaysia
00:35KIMA ke-46 bagi tahun 2025 di Ibu Negara pada Sabtu.
00:41Ahmad Maslan pada isteri lalu di Johor mencadangkan supaya PRN Johor dan Melaka
00:46yang dijangka berlangsung tahun ini ditangguhkan berikutan ketidaktentuan ekonomi
00:50susulan krisis geopolitik di Asia Barat.
00:54Menurut timbalan pengurusi UMNO Johor itu, situasi semasa memberi tekanan kepada
00:58kos sara hidup rakyat termasuk melibatkan kenaikan harga bahan api dan barangan keperluan.
01:04Kerajaan Negeri Melaka dijadualkan tamat mandat pada November ini
01:07manakala Johor pula tamat mandat pada tahun depan.
Comments

Recommended