00:00Enam individu termasuk pasangan suami isteri ditahan dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah masuk tapak pencawang telekomunikasi di Nilai Spring Bandar
00:11Baru Nilai pada awal pagi Sabtu.
00:13Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Johari Yahya berkata kesemua mereka yang berusia antara 30 hingga 40-an itu ditahan di
00:22beberapa lokasi termasuk tempat kejadian dan rumah selepas pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada Jumaat malam.
00:32Katanya pemeriksaan di lokasi mendapati pintu caging remote radio unit RRU milik syarikat telekomunikasi terbuka akibat dipercayai masuk dan beberapa
00:42peralatan didapati telah hilang dipercayai dicuri.
00:45Susulan kejadian itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Nilai telah menjalankan operasi dan berjaya menahan enam suspek
00:54terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita warga tempatan sekitar nilai dan mantin antara jam 7.25 malam sehingga 3
01:03pagi.
01:04Hasil tangkapan itu, polis turut merampas beberapa unit peralatan telekomunikasi termasuk Huawei Remote Radio Unit RRU, Quad Band Combiner serta
01:15pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah selain kenderaan yang digunakan suspek.
01:21Johari berkata, siasatan awal mendapati kumpulan itu bertindak secara terancang dengan memecah masuk pencawang telekomunikasi dan mencabut komponen peralatan sebelum
01:32dijual di pasaran besi buruk bagi mendapatkan keuntungan.
01:37Katanya, semakan rekod lampau mendapati sebagian besar suspek mempunyai rekod jenayah dan kesalahan dadah termasuk kes kecurian, samun serta kesalahan
01:47di bawah akta dadah berbahaya.
01:49Kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Seremban hari ini bagi permohonan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Kesiksaan.
01:59Pihak polis tidak menolak kemungkinan kumpulan berkenaan turut terlibat dalam beberapa kes kecurian lain di sekitar daerah nilai dan orang
02:06ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD nilai di talian 06790-4222 atau mana
02:18-mana balai polis berhampiran.
02:20Terima kasih telah menonton!
Comments