Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian mencuri pakaian dalam wanita di sebuah rumah di Kampung Tasek di Ipoh, pada Jumaat.
Transcript
00:00Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian mencuri pakaian dalam wanita di sebuah rumah di kampung Tasik
00:08di Ipoh pada Jumaat.
00:09Ketua Polis Daerah Ipoh, SCP Mohd Najib Hamzah berkata, kejadian yang tular di media sosial itu dipercayai berlaku kira-kira
00:18jam 12.51 tengah hari berdasarkan rekod rakaman kamera litar tertutup CCTV di lokasi kejadian.
00:25Hasil semakan rakaman CCTV mendapati seorang lelaki yang tidak dapat dipastikan menaiki motosikal dengan nombor pendaftaran dan jenis yang tidak
00:34jelas telah mengambil pakaian dalam di rumah tersebut.
00:38Bagaimanapun, nombor pendaftaran serta jenis motosikal yang digunakan suspek tidak dapat dikenalpasti dengan jelas.
00:44Sebenarnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05
00:53-245-1500 atau mana-mana balai polis berhampiran.
00:58Pada Jumaat, tular di Facebook satu rakaman video berdurasi 21 saat yang memaparkan kelibat lelaki berkenaan mengambil pakaian dalam yang
01:07disidai di luar rumah berkenaan.
01:14Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended