Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dijangka melancarkan sistem bayaran balik kepada pengimport negara itu bermula Isnin depan, melibatkan jumlah kira-kira AS$166 bilion susulan keputusan mahkamah yang membatalkan tarif berkenaan.
Transcript
00:00Amerika Syarikat dijangka melancarkan sistem bayaran balik kepada pengimport negara itu bermula Isnin depan, melibatkan jumlah kira-kira $166 bilion
00:11Amerika, susulan keputusan mahkamah yang membatalkan tarif berkenaan.
00:15Menurut Jabatan Kustom dan Pelindungan Sempadan Amerika Syarikat, sistem dikenali sebagai CAPE itu telah siap dibangunkan bagi fasa awal dan
00:25akan menyatukan bayaran balik supaya pengimport menerima satu pembayaran elektronik bersama faedah berbanding pemprosesan berasingan bagi setiap kemasukan barangan.
00:36Perkembangan itu dimaklumkan dalam pemfailan mahkamah oleh pegawai agensi Brandon Lord di Mahkamah Pedagangan Antarabangsa Amerika yang berpengkalan di New
00:45York.
00:45Langkah tersebut, susulan keputusan mahkamah agung Amerika pada Februari lalu yang memutuskan Presiden Donald Trump telah melangkaui kuasa apabila menggunakan
00:54tarif global secara meluas di bawah Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa 1977.
01:00Sehingga 9 April, sebanyak 56,497 pengimport dilaporkan telah melengkapkan proses untuk menerima bayaran balik elektronik melibatkan jumlah sekitar $127
01:12bilion Amerika.
01:14Agensi itu turut memaklumkan pelaksanaan KIP akan dibuat secara berperingkat dengan fasa awal, memberi tumpuan kepada barangannya diimport, baru-baru
01:22ini serta kes yang lebih mudah diproses.
01:24Bagaimanapun, sebagian bayaran balik melibatkan kira-kira $2.9 bilion Amerika masih memerlukan pemprosesan manual yang dijangka meningkatkan beban kerja
01:34dan menjejaskan operasi perdagangan serta penguatkuasaan agensi.
01:38Selepas keputusan mahkamah, pengimport telah memfailkan saman bagi mendapatkan bayaran balik, manakala mahkamah kini memantau pelaksanaan sistem berkenaan.
01:46Dokumen mahkamah menunjukkan lebih 330,000 pengimport telah membayar tarif tersebut ke atas sekitar 53 juta penghantaran barangan.
01:55Dalam masa sama, sebagian pengimport kecil bimbang kos untuk menuntut bayaran balik mungkin lebih tinggi berbanding manfaat diterima menyebabkan ada
02:03syarikat mempertimbangkan kaedah pembiayaan alternatif.
02:07Trump sebelum ini mengkritik keputusan mahkamah agong dan bertindak memperkenalkan semula tarif global sementara di bawah undang-undang berbeza yang
02:14kini turut berdepan cabaran di mahkamah.
Comments

Recommended