Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merekodkan 31 kes kesalahan kenderaan berpendaftaran asing mengisi petrol RON95 di seluruh negara sejak larangannya diperluas pada 1 April lepas.
Transcript
00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarih Hidup KPDN merekodkan 31 kes kesalahan kenderaan berpendaftaran asing mengisi petrol RON95 di
00:11seluruh negara sejak larangannya diperluas pada 1 April lepas.
00:15Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Dato' Azman Adam berkata, perbezaan harga petrol yang ketara dan lebih rendah di Malaysia berbanding negara
00:24jiran menjadi antara faktor yang mendorong pelanggaran arahan tersebut.
00:29Katanya warga asing yang ditahan menggunakan alasan kononnya tidak tahu stesen minyak yang menjual RON97.
00:37Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyetai operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ di Johor Bahru pada Jumaat.
00:46Turut hadir ialah Ketua Pengarah JPJ, Dato' Adi Fadli Ramli.
00:50Azman berkata, tindakan terhadap kesalahan tersebut boleh diambil sama ada melalui kompaun atau pendawaan di mahkamah.
00:59Beliau berkata, jika disabitkan kesalahan, individu berkenaan boleh didenda sehingga RM1 juta, manakala jumlah kompaun pula bergantung kepada jenis kesalahan
01:09serta amount yang terlibat.
01:11Pada masa sama, katanya beberapa syarikat stesen minyak masih dalam proses konfigurasi sistem pelaksanaan sepenuhnya, larangan penggunaan kad kredit dan
01:21debit asing di terminal layan diri PAM Minyak.
01:23Sementara itu, Adi Fadli berkata, JPJ setakat ini telah mengeluarkan 5,984 notis aman dengan kompaun bernilai RM2.195 juta
01:34menerusi penguatkuasaan Permit Kemasukan Kenderaan VEP yang dilaksanakan sejak 1 Julai 2025.
01:41Beliau berkata, secara keseluruhan, sebanyak 82,987 kenderaan diperiksa di bangunan Sultan Iskandar BSI, Kompleks Sultan Abu Bakar KSAB dan
01:54Taman Daya.
01:55JPJ dan KPDN juga katanya melaksanakan penguatkuasaan di seluruh negara termasuk Johor yang memfokuskan pemantauan dan pemeriksaan kenderaan berpendaftaran asing
02:05bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang kawalan barang bersubsidi negara.
02:11Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended