Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kerugian akibat penipuan pelaburan di seluruh negara mencecah RM1.47 bilion melibatkan 9,603 kes sepanjang tahun lalu, menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman. Pengarahnya, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata sindiket penipuan semakin aktif menggunakan media sosial sebagai medium utama untuk memperdaya mangsa, termasuk menerusi pelaburan palsu, skim Ponzi, penipuan percintaan dan platform kripto tidak sah. Statistik terkini turut menunjukkan jenayah penipuan pelaburan kekal membimbangkan pada tahun ini.
Transcript
00:00Jabatan Saksatan Jenayah Komersial JSJK Bukit Aman memaklumkan kerugian akibat penipuan pelaburan telah mencecah sebanyak RM1.47 bilion, membabitkan 9
00:11,603 kes di seluruh negara pada tahun lalu.
00:15Menurut pengarahnya, Datuk Rosdi Muhammad Isa, pihaknya juga telah mengenal pasti sekurang-kurangnya lima modus operandi utama yang digunakan oleh
00:23Sindikat Penipuan Pelaburan.
00:26Tambahnya, kebanyakan taktik berkenaan telah menggunakan pendekatan, menggunakan media sosial sebagai medium utama untuk memperdaya mangsa.
00:35Jelas beliau, Sindikat dikesan aktif menggunakan platform seperti Facebook dan Instagram bagi menarik minat mangsa sebelum mengalihkan komunikasi ke aplikasi
00:45WhatsApp atau Telegram.
00:47Susulan itu mangsa kemudiannya diminta masuk ke dalam kumpulan pelaburan palsu yang kononnya dikendalikan oleh individu profesional.
00:55Dalam pada itu, menurutnya antara modus operandi yang dikenal pasti termasuk penggunaan klon firman pelaburan, tawaran pulangan tinggi dalam tempoh
01:04singkat, skim Ponzi, penipuan pelaburan berunsurkan percintaan serta penggunaan platform pelaburan kripto palsu.
01:12Jelas Rusdi, mangsa akan dipaparkan keuntungan dalam platform palsu berkenaan namun tidak dibenarkan membuat pengeluaran.
01:20Sebaliknya, mangsa diminta membuat bayaran tambahan termasuk caj, pemprosesan, cukai atau yuran tertentu sebelum kononnya dibenarkan mengeluarkan keuntungan tersebut.
01:31Mengulas mengenai statistik, pada tahun 2024, sebanyak 6,337 kes direkodkan dengan kerugian berjumlah 848.6 juta ringgit.
01:44Angka itu meningkat pada tahun 2025 kepada 9,603 kes membabitkan kerugian keseluruhan 1.47 bilion ringgit.
01:55Manakala bagi Januari hingga Mac tahun ini, sebanyak 2,204 kes telah dilaporkan dengan kerugian mencecah 246.7 juta ringgit
02:05sekaligus menunjukkan jenayah penipuan pelaburan masih berterusan dan membimbangkan.
02:11Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended