Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor berjaya menyekat cubaan penyelewengan kira-kira 3,400 liter diesel bersubsidi dalam satu operasi rondaan di sekitar Pandamaran, Klang, awal pagi tadi.
Transcript
00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Saraihidup KPDN Selangor berjaya menyekat cubaan penyelewengan kira-kira 3,400 liter diesel bersubsidi
00:09dalam satu operasi rondaan di sekitar Pandamaran, Kelang awal pagi pada Sabtu.
00:15Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri KPDN Selangor, Mohd Hanizam Kecik berkata kejayaan itu hasil pemantauan berterusan melibatkan tujuh pejabat KPDN Selangor
00:25di seluruh negeri bagi memastikan pengagihan bahan api bersubsidi dilaksanakan secara telus, teratur dan sampai kepada golongan sasar.
00:35Katanya, kira-kira pukul satu pagi, anggota rondaan telah mengesan sebuah lori jenis bondat dalam keadaan mencurigakan berhenti di sekitar
00:43Pandamaran, Kelang sebelum pemeriksaan lanjut dijalankan.
00:46Pemeriksaan ke atas lori tersebut menemukan enam unit intermediate bulk container IBC berkapasiti 1,000 liter setiap satu yang mengandungi
00:55bahan api di syaki diesel selain badan lori yang diubah suai dengan hos penyambung serta pump bermita.
01:00Menurutnya, pemandu lori berkenaan turut cuba melarikan diri namun berjaya dihalang oleh anggota penguatkuasa yang bertindak pantas di lokasi kejadian.
01:09Katanya, sasatan awal mendapati pemandu berkenaan dipercayai membuat pengisian diesel di beberapa stesen minyak berhampiran berdasarkan resit pembelian yang ditemui
01:18semasa pemeriksaan.
01:20Anggaran jumlah diesel yang berjaya diselamatkan dan disyaki untuk di seleweng adalah kira-kira 3,400 liter dengan nilai rampasan
01:28keseluruhan melebihi RM100,000.
01:30Mengulas lanjut, beliau mendedahkan pemandu lelaki warga tempatan berumur bawah 30 tahun itu gagal mengemukakan dokumen sah memiliki dan membawa
01:39bahan api berjadual.
01:41Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 serta peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana disyaki terlibat dalam urus niaga
01:50barang kawalan tanpa lesin sah termasuk kemungkinan melibatkan pihak lain.
Comments

Recommended