00:00Tujuh pelajar sekolah menengah di Kajang dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah selepas dikesan terlibat dalam kejadian buli lisan yang
00:09tular di media sosial pada Jumaat.
00:11Ketua Polis Daerah Kajang SCP Nazrun Abdul Yusof berkata pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi 47 saat yang memaparkan sekumpulan
00:20pelajar didakwa melakukan perbuatan buli secara lisan terhadap seorang pelajar perempuan.
00:28Beliau berkata seserta mendapati kejadian itu berlaku kira-kira 11.30 pagi Kamis melibatkan tujuh pelajar daripada kelas berlainan.
00:35Namun setakat ini tiada laporan polis diterima daripada mana-mana pihak.
00:39Rakaman tidak menunjukkan berlakunya sentuhan fizikal atau interaksi lisan yang bersifat agresif.
00:45Pihak sekolah bersama pegawai polis yang merupakan pegawai perhubungan sekolah PPS telah mengadakan pertemuan dan libat urus bersama ibu bapa
00:52serta penjaga mangsa.
00:53Pihak sekolah juga telah mengambil tindakan sewajarnya terhadap tujuh pelajar yang terlibat.
00:58Abdul Yusof berkata polis akan sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dan memastikan tiada sebarang bentuk pelakuan yang boleh menjejaskan kesejahteraan
01:05pelajar
01:05termasuk perkataan yang berpotensi mendatangkan gangguan emosi kepada mana-mana pelajar.
01:11Terdahulu tular video menunjukkan beberapa pelajar lelaki dan perempuan sekolah mendengah di Kajang mengganggu seorang pelajar perempuan di dalam kelas.
Comments