00:00Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran serta mengucapkan tahniah kepada Jemaah Haji Malaysia yang
00:09terpilih menunaikan ibadah haji tahun ini.
00:12Beliau berkata Jemaah Haji Negara telah memulakan perjalanan ke Tanah Suci seawal pagi tadi bagi menyahut panggilan suci ke Baitullah.
00:20Menurut Anwar, ibadah haji merupakan satu perjalanan agung yang menuntut pengorbanan, keikhlasan, kesabaran serta ketakwaan yang tinggi dalam kalangan umat
00:31Islam.
00:32Anwar turut mendoakan agar seluruh Jemaah Haji Malaysia dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik serta dilindungi sepanjang berada di
00:42Tanah Suci.
00:43Beliau turut berharap agar semua Jemaah dikurniakan Haji Mabrur serta pulang ke Tanah Air dengan membawa keberkatan, keinsafan dan semangat
00:53untuk menjadi hamba Allah SWT yang lebih baik.
00:56Dalam masa sama, beliau memetik sabda Rasulullah SAW bahawa Haji yang Mabrur tidak mempunyai balasan lain, melainkan syurga.
Comments