Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Kapal tangki minyak mentah Ocean Thunder tiba di Terminal Pengerang di sini dan kini berlabuh dengan selamat.
Transcript
00:00Kapal tangki minyak mentah Ocean Thunder tiba di terminal pengerang di Kota Tinggi dan kini berlabuh dengan selamat.
00:08Data penjejakan kapal mengesahkan bahawa kapal pengangkut minyak mentah bersaiz sangat besar VLCC tersebut telah memasuki fasa pendekatan akhir
00:17di bawah Kawalan Jurupandu Pelabuhan ke Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang PIPC di mana ia berlabuh di dermaga khas pengendalian minyak
00:26mentah.
00:27Kapal sewaan yang syarat dengan kira-kira 1 juta ton minyak mentah berat Basrah, Irak sebelum ini telah mengurangkan kelajuan
00:35kepada hampir sifar di pinggir timur skim pemisahan trafik.
00:40Corak pergerakan pelabuhan menunjukkan urutan berlabuh standar dengan kapal tangki sepanjang 274 meter dikawal ke kedudukan sebelum berlabuh di sebelah
00:49jeti dalam kompleks perindustrian keselamatan tinggi.
00:53Ocean Tanda berlepas dari Al-Basrah, Irak pada awal Mac lalu membawa minyak mentah berat Basrah.
01:00Kapal tangki itu melintasi Slat Hormuz pada 5 April, titik kesesakan global kritikal yang kini tegang akibat pergolakan Amerika Syarikat,
01:09Israel dan Iran.
01:11Hanya sebilangan kecil kapal yang berkaitan Malaysia berjaya melayari laluan tersebut dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
01:19Ocean Tanda adalah antara yang dibenarkan melalui laluan tersebut, susulan perjanjian diplomatik dengan minyak mentah Irak dilaporkan dikecualikan daripada sekatan
01:29transit tertentu.
01:31Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, salah satu daripada tujuh kapal tangki bahan api berkaitan Malaysia yang melintasi
01:39Slat Hormuz rosak dan tidak dapat berlepas dari pelabuhan.
01:44Kesemua tujuh kapal itu telah diberikan kebenaran oleh Iran.
01:49Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended