00:00Seterusnya orang ramai dinasihatkan supaya tidak menjadikan media sosial sebagai platform perdebatan yang menyalahi undang-undang terutama melibatkan kandungan berbau
00:10hasutan dan bersifat provokatif.
00:13Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah JSJ Dato' M. Kumar berkata, sejak kebelakangan ini media sosial sering dijadikan medan interaksi untuk menyebarkan
00:23hantaran dan komen berbau hasutan serta ruang berdebat mengenai dasar kerajaan dan isu semasa.
00:29Sehingga mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna.
00:35Beliau berkata tren itu bukan saja menjejaskan keharmonian dalam ruang saiber, malah mewujudkan ekosistem maya yang tidak sihat serta berisiko
00:42mencetuskan ketegangan dalam kalangan masyarakat jika tidak dibendung melalui penguatkuasaan.
00:47Tegasnya, tindakan tidak bertanggungjawab itu jelas bertentangan dengan peruntukan undang-undang khususnya di bawah Akta Hasutan 1948 Akta 15
00:56yang melarang sebarang perbuatan, ucapan atau penerbitan yang berkecenderungan menghasut atau menimbulkan kebencian terhadap institusi diraja dan kerajaan.
01:05Menurut Seksyen 3 Kurungan 1 Kurungan A Akta 15, sesuatu kecenderungan menghasut ialah kecenderungan bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau
01:15bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja atau kerajaan.
01:19M Kumar berkata, menurut Statistik Jabatan Siasatan Jenayah, bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini, sebanyak 30 kes disiasat di
01:27bawah Seksyen 4 Kurungan 1 Akta Hasutan 1948
01:30iaitu melakukan atau cuba melakukan apa-apa perbuatan atau perkataan yang menghasut terhadap institusi diraja, kaum, pentadbiran keadilan dan kerajaan.
01:41Sebuangan dengan itu, orang ramai diingatkan agar menggunakan media sosial secara berhemah dan bertanggungjawab.
Comments