Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Presiden Lubnan, Joseph Aoun, menyeru agar gencatan senjata yang dicapai negaranya diterjemahkan kepada “perjanjian kekal”, ketika usaha diplomatik dipergiat bagi menamatkan konflik di Asia Barat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Lubnan Joseph Aoun menyeru agar gejata-senjata yang dicapai negaranya diterjemah kepada perjanjian kekal ketika usaha diplomatik dipergiat bagi
00:11menamatkan konflik di Asia Barat.
00:14Dalam ucapan yang disiarkan di televisyen, Aoun berkata fasa semasa perlu beralih daripada sekadar menghentikan pertempuran kepada pembentukan perjanjian jangka
00:24panjang yang menjamin kedaulatan dan hak rakyat Lubnan.
00:45Ucapan itu merupakan yang pertama sejak gencatan senjata bagi menamatkan enam minggu pertempuran antara Israel dan kumpulan bersenjata yang disokong
00:53Iran, Hezbollah yang berkuat kuasa pada Khamis.
00:56Teks perjanjian tersebut menyatakan Israel dan Lubnan akan mengadakan rundingan secara langsung bagi mencapai keamanan antara kedua-dua negara merupakan
01:05satu perkembangan besar dalam hubungan yang sekian lama tegang.
01:09Aoun turut merakamkan perhargaan kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump suatu negara-negara serantau yang membantu menjayakan gencatan senjata itu.
01:16Bagaimanapun, pendirian berbeza ditunjukkan Hezbollah yang menolak rundingan langsung dengan Israel, malah beberapa ahli parlimennya mengkritik kerajaan kerana bersetuju mengadakan
01:26perbincangan tersebut.
01:27Tanpa menyebut Israel secara langsung, Aoun menegaskan rundingan itu bukan tanda kelemahan atau pengunduran.
01:32Beliau hanya merujuk Israel apabila menegaskan matlamatnya adalah untuk menghentikan serangan ke atas Lubnan serta memastikan pengunduran tentera Israel dari
01:40wilayah negara itu.
01:42Dalam masa sama, Aoun memberi bayangan kesediaannya memikul tanggungjawab penuh terhadap keputusan tersebut.
01:48Terdahulu, Trump dilaporkan akan menjemput Aoun dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu ke White House bagi mengadakan rundingan namun tarikh
01:55pertemuan itu belum dimuktamadkan.
01:57Dalam ucapannya, Aoun turut memberi isyarat kepada peranan kuasa luar dalam konflik tersebut sambil menegaskan Lubnan tidak lagi mahu menjadi
02:04medan perubatan pengaruh.
Comments

Recommended