Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Industri minyak menjangkakan kira-kira 20 peratus kapasiti minyak global akan terus tidak dapat digunakan bagi tempoh yang panjang.
Transcript
00:00Gangguan bekalan bahan api jet bakal menjejaskan ekosistem pelancongan ketika musim panas di Eropah, susulan kekurangan perkhidmatan penerbangan.
00:09Ketua Pengarah Persatuan Penerbangan Utama Jerman, Joe Jim Leng, berkata sejumlah besar pergerakan keluar dan masuk pelancong bergantung kepada pengangkutan
00:19udara.
00:22Menurut beliau, jika situasi konflik Asia Barat tamat dalam masa terdekat, pasaran tenaga dijangka akan pulih secara beransur-ansur.
00:32Ketika ini, lebih 80 kemudahan bahan api jet di Asia Barat mengalami kerosakan sebahagian atau kritikal.
00:39Ini sekaligus menjadikan pemulihan segera untuk menyamai tahap pengeluaran sebelum krisis sukar dicapai.
00:46Industri minyak menjangkakan kira-kira 20% kapasiti minyak global akan terus tidak dapat digunakan bagi tempoh yang panjang.
00:53Mengikut rekod, kira-kira 75% import bersih bahan api jet Eropah datang dari Asia Barat.
01:00Bekalan gantian ketika ini datang dari Amerika Syarikat, namun setakat ini hanya mampu menampung kira-kira separuh daripada kekurangan bekalan.
Comments

Recommended