Skip to playerSkip to main content
  • 17 hours ago
Krisis ketika ini mungkin bermula di Selat Hormuz, tetapi kesannya boleh sampai terus ke dapur rakyat Malaysia. Harga naik bukan persoalan ‘jika’, tetapi ‘bila’! Adakah ekonomi kita cukup kuat? Kupasan mendalam bersama Prof Emeritus Dr Jomo Kwame Sundaram.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Untuk waktu ini, kita nak melihat bagaimana sebenarnya konflik di Asia Barat ini yang dah memasuki, boleh saya sifatkan satu
00:07fasa baru dengan sekatan oleh AS di selat hormus seperti yang diumumkan oleh Donald Trump dan berpotensi untuk menggugat hampir
00:1620% bekalan minyak global.
00:19Tapi penting untuk kita lihat, persoalannya pada ketika ini, adakah Malaysia benar-benar bersedia atau kita sebenarnya hanya menunggu kesan
00:27domino melanda ekonomi domestik.
00:30Jadi, untuk mengulas dengan lebih lanjut, saya berbesar hati bersama dengan saya secara dalam talian, secara langsung ketika ini, Prof.
00:37Emeritus Dr. Jomo Kwame Sundaram, penasihat penyelidik Khazanah Research Institute.
00:42Prof. Jomo, terima kasih sudah bersama dengan Esra Awani. Pertama sekali, mungkin boleh jelaskan sejauh mana sebenarnya ancaman sekatan yang
00:51berlaku di selat hormus ini boleh dianggap sebagai game changer kepada ekonomi global.
00:58Apa yang akan berlaku ataupun apa perubahan besar yang mungkin boleh kita jangkakan? Ataupun adakah ini sekadar tekanan sementara atau
01:05sebenarnya berpotensi mencetuskan krisis tenaga baru dan juga lebih berpanjangan?
01:10Prof. Terima kasih, Haris. Sebenarnya, apa yang telah berlaku kemarin dulu adalah sudah tentu mengubah keadaan.
01:22Tetapi boleh dikatakan selama lebih pada 6-7 minggu ini, kita dapati bahawa banyak perkara yang telah mengubah keadaan dari
01:36beberapa segi.
01:37Tidak boleh dinafikan bahawa sekatan yang telah dikenakan oleh pihak Iran terhadap selat hormus itu sesuatu yang telah mengubah keadaan.
01:48Tetapi, dan itu sudah tentu itu tidak sah dari segi undang-undang. Tetapi ancaman ataupun serangan terhadap Iran sendiri itu
01:59sudah tentu lebih tak sah dari segi undang-undang.
02:03Jadi, soal sah ataupun tak sah dari segi undang-undang itu boleh dikatakan isu itu telah banyak diketepikan.
02:11Sekarang pula, Amerika Syarikat yang mengenakan sekatan di selat hormus.
02:17Dan itu merupakan satu taktik Amerika Syarikat untuk balas kepada pihak Iran untuk cuba memaksa Iran dari beberapa segi.
02:32Dan sudah tentu ini akan memberi gambaran seolah-olah Amerika Syarikat yang secara langsung yang menyebabkan sekatan di hormus.
02:46Sebab Iran telah mengumumkan bahawa Iran akan mengizinkan laluan melalui selat hormus itu sama ada yang negeri-negeri kawan seperti
03:02China dan sebagainya termasuk Malaysia.
03:06Dan juga bagi mereka yang sanggup membayar tol.
03:12Dan tol itu sebenarnya tidak dianggap tinggi sangat berbanding dengan nilai.
03:19Jadi, oleh kerana itu banyak kapal-kapal sanggup untuk bayar tol itu.
03:26Tetapi, Amerika Syarikat tidak mahu pihak Iran mendapat apa-apa pendapatan dalam keadaan sekarang.
03:36Dan oleh itu, mereka pula mengenakan sekatan.
03:40Tapi, ini sudah tentu kita telah lihat selama beberapa minggu ini, sejak 28 hari bulan Februari, bahawa kedua-dua pihak
03:53menggunakan taktik-taktik yang tidak dijangka, yang luar biasa.
03:56Oleh kerana itu, ini merupakan satu perkembangan yang memang tidak boleh dikatakan tidak ada implikasi besar.
04:05Tetapi, selama ini ada banyak tindakan-tindakan yang diambil, yang tidak dijangka, yang tidak diramal oleh dua-dua pihak.
04:14Prof, kalau kita telitikan, kita pernah melihat kejutan yang berlaku terutama dalam industri minyak dan gas ini.
04:23Apa sebenarnya yang membezakan situasi kali ini?
04:26Khususnya, kalau kita bercakap dari segi geopolitik, rantaian bekalan dan juga mungkin reaksi pasaran di peringkat global sendiri, Prof.
04:36Ya, Haris, ini dapat dilihat dari segi sejarah.
04:42Dari segi sejarah, ada dua peristiwa pada tahun 1973 selepas perang antara Israel dengan Mesir.
04:58Kita dapati bahawa ada tindakan yang telah diambil oleh pihak OPEC untuk mengenakan sekatan.
05:08Tetapi itu sekatan boleh dikatakan sukarela oleh pihak-pihak yang mengeluarkan miak dengan tujuan untuk menaikkan harga miak.
05:19dan ada ramai orang yang percaya bahawa itu telah dipersetujui oleh Amerika Syarikat, terutama sekali pada waktu itu Presiden Richard
05:32Nixon
05:33dengan tujuan untuk mengenakan satu pukulan secara tidak langsung terhadap rakan-rakan sekutunya, iaitu di Eropa dan Jepun.
05:45Kerana Eropa dan Jepun itu, ekonomi mereka telah tumbuh, telah pulih selepas Perang Dunia Kedua dengan agak laju
05:59dan oleh kerana itu kita dapati bahawa pihak Amerika Syarikat cukup marah, terutama sekali pada tahun 1971
06:11apabila akibat daripada tekanan dari Eurodolar, daripada pasaran dolar di luar negeri, iaitu terutama sekali di Eropa
06:21untuk terhadap Amerika Syarikat dan kerana Amerika Syarikat banyak belanja di luar negeri, terutama sekali kerana Perang Vietnam
06:34dan kita dapati bahawa Amerika Syarikat terpaksa tunduk dan keluar daripada persetujuan Bretton Woods
06:42yang digubal pada tahun 1944 lagi. Jadi kita dapati bahawa itu merupakan satu pukulan
06:50dan tidak lama selepas kenaikan Amerika, Raja Faizal daripada Arab Saudi telah dibunuh
07:02kononnya oleh seorang daripada keluarga Al Saud pada waktu itu. Dan kemudiannya pada tahun 1978
07:12juga kita dapati ada sekatan dengan tujuan untuk naikkan lagi harga miak. Itu kedua-dua sekatan itu
07:26memberi pukulan yang cukup hebat terhadap pasaran miak dan pukulan yang cukup hebat terhadap
07:35Eropa dan juga Jepun pada waktu itu.
07:39Prof, saya nak bawa perbincangan kita melihat dalam konteks Malaysia kerana Malaysia ini sering dilihat
07:45sebagai negara pengeluar minyak dan gas di mana boleh saya katakan itu naratif yang difahami
07:51kebanyakan rakyat selama inilah. Maksudnya walaupun tidak berada dalam OPEC
07:56tapi ramai yang memikirkan bahawa kita antara pengeluar yang besar dan sebagainya.
07:59Tapi sejauh mana sebenarnya persepsi ini mungkin sedikit mengelirukan dalam konteks realiti
08:05sebenar kebergantungan kita kepada import dan juga harga global itu Prof?
08:12Tidak boleh nafikan mereka merupakan sebuah negeri yang banyak mengeksport miak dan juga
08:19gas petroleum yang dikeluarkan dan ini merupakan satu sumber pendapatan dan sumber
08:29tukaran asing yang amat penting. Tetapi selain pada itu kita juga banyak mengimport miak
08:35sebab sifat miak dan gas terutama sekali sifat miak yang dikeluarkan Malaysia itu dianggap cukup baik
08:46yang dikatakan manis dalam bahasa Inggeris sweet dan kandungan sulfurnya sulfites dengan sulfites itu kurang
08:58kalau dibanding dengan miak yang dikatakan masam, sour dan itu memang satu sifatnya.
09:06Oleh kerana itu Malaysia banyak mengeksport miak yang dikeluarkan di Malaysia yang cukup dihargai
09:12dengan harga yang lebih tinggi sikit pada peringkat antarabangsa dan banyak mengimport miak yang digunakan
09:20harian di Malaysia. Itu memang dan itu tetapi boleh dikatakan lebihan eksport kalau dibanding dengan
09:30import itu makin berkurangan sebab kita mengawal berapa banyak yang dieksport sedangkan ekonomi kita
09:41sudah banyak kembang dan tumbuh selama setengah abad sejak Malaysia mula mengeksport miak secara
09:52lebih besar ya. Terutama sekali setelah miak di sebelah pantai timur semenanjung Malaysia itu menjadi penting.
10:00Sebelum itu memang tidak ada miak yang dikeluarkan terutama sekali daripada Sarawak dan sedikit juga
10:08daripada Sabah. Tetapi dengan adanya miak daripada pantai timur semenanjung kita dapati bahawa
10:16kita menjadi pengeksport yang lebih besar. Tetapi eksport itu seperti saya sebut tadi telah tidak banyak
10:25berkembang sedangkan penggunaan miak itu banyak terus berkembang.
10:33Prof, dalam keadaan harga minyak yang melonjak ketika ini, kerajaan saya percaya berdepan dilema
10:41antara nak mengekalkan subsidi ataupun nak menjaga kedudukan fiskal. Ini dua perkara yang sering berlaku
10:48terutama kalau kita cakap ketika krisis. Pada pandangan Prof, adakah model subsidi kita pada hari ini
10:55masih lagi mampan? Dan apa bentuk reform yang perlu dilakukan jika ianya disifatkan kurang mampan itu, Prof?
11:04Memang tidak boleh dinafikan bahawa isu subsidi ini merupakan satu dilema bagi bukan hanya bagi kerajaan kita sekarang
11:15tetapi juga selama ini dan boleh dikatakan masalah ini telah kembang sejak empat dasar wasa yang lalu
11:25terutama sekali akibat keputusan pihak kerajaan zaman itu untuk mengeluarkan kereta di Malaysia.
11:38dan ini yang dilindung dengan dasar-dasar kerajaan memberi implikasi yang besar dan oleh kerana itu
11:47akibatnya kita boleh dikatakan mengabaikan pengangkutan awam yang penting terutama sekali
11:55bagi mereka yang berpendapatan rendah. Jadi akibat itu kita dapati bahawa Malaysia antara negeri di dunia
12:03yang banyak menggunakan pengangkutan peribadi dan pengangkutan awam itu kurang ditekankan selama ini
12:13itu merupakan satu masalah besar. Satu masalah lain ialah kita tidak walaupun sudah lama harga tenaga solar
12:25telah banyak jatuh sejak pertengahan tahun 90-an lagi iaitu lebih pada tiga dasar wasa yang lalu
12:35kita dapati bahawa usaha untuk mengalih kepada tenaga solar itu tidak berterusan
12:50walaupun Malaysia merupakan antara negeri yang pengeluar panel solar yang terbesar di dunia
12:57nombor dua selepas negeri China. Boleh dikatakan bahawa panel solar daripada Malaysia ini
13:05hampir semua yang dikeluarkan untuk ekspor. Sedangkan panel solar yang dipakai di Malaysia itu banyak diimport.
13:13Petronas telah memainkan peranan yang besar mengembangkan penggunaan panel solar di Vietnam
13:22tetapi malangnya di Malaysia tidak ada usaha demikian untuk mempercepatkan peralihan kepada tenaga solar.
13:33oleh kerana itu kita akibat daripada dua faktor besar itu kita dapati bahawa peralihan kepada tenaga
13:41yang dapat dibaharui yang tidak bergantung kepada bahan api galian itu agak pelahan di Malaysia.
13:59dan sepatutnya kita patut percepatkannya jauh lebih awal bukan waktu perang.
14:06Saya bimbang walaupun ini merupakan satu pukulan besar terhadap ekonomi Malaysia
14:12kita kadangkala dalam soal-soal begini kita macam seolah-olah macam hangat-hangat tai ayam.
14:19Sekejap kita kata oh kita mesti percepatkan peralihan kepada tenaga baru
14:25tetapi bila tekanan itu sudah reda kita dapati bahawa usaha itu berkurangan.
14:34Prof, jika gangguan bekalan minyak ini berlarutan sehingga kita jangka sehingga Jun
14:43apa mungkin bentuk kesan paling awal yang akan dirasai oleh rakyat dan juga sektor perniagaan terutamanya.
14:51Adakah kita sedang menuju ke arah kos syok yang lebih besar selepas ini?
14:57Jangkaan Prof.
15:00Maaf Haris, saya bukan ahli nujum.
15:04Jadi saya tidak dapat ramalkan dan apa yang kita dapat pelajari daripada perang,
15:12dari perkembangan yang berkait dengan perang Iran ini dalam tujuh minggu kebelakangan ini
15:20kita dapati bahawa sukar sekali kita jangka apa yang mungkin akan berlaku.
15:26Jadi ada banyak kemungkinan dan saya rasa terhadap Amerika Syarikat sendiri,
15:35terhadap Trump, jelas bahawa apa yang telah berlaku dalam minggu yang lepas
15:42jelas menunjukkan bahawa Trump mempunyai tekanan daripada naik presiden
15:51dan juga setiausaha negaranya iaitu Menteri Luar Amerika Syarikat iaitu Marco Rubio
16:03yang kurang setuju dengan dasar teruskan perperangan ini terutama sekali kerana anggapan
16:11orang ramai termasuk pengikut-pengikut Trump dalam gerakan MAGA itu,
16:17Make America Great Again itu, mereka sendiri was-was terhadap alasan perang ini.
16:24dan mereka anggap bahawa yang hendakkan perang ini bukan general-general Amerika Syarikat
16:35tetapi lebih kepada, lebih kerana Netanyahu dan gerakan likutnya yang ingin memperkembangkan Israel
16:45dan yang teruskan perang terhadap Lubnan dengan sengaja teruskan perang itu
16:55dengan tujuan untuk sabotaj rundingan yang telah berlaku.
17:01Dan kita dapati bahawa ada berita kemarin dulu bahawa setiap langkah naik presiden Vans itu
17:13telah dilaporkan kepada pihak Netanyahu sendiri.
17:19Jadi kita dapati bahawa jelas ini bukan sesuatu yang keadaan dilema yang dihadapi Trump ini
17:30kerana dia telah terima banyak bayaran daripada pihak Amerika Syarikat
17:38daripada pihak lobby Israel, mereka yang dukung Netanyahu dan sebagainya.
17:46Dan malah pada satu ketika dulu
17:56anak Kushner yang kahwin dengan anak dia
18:00pernah, bapaknya pernah menjadi tuan rumah kepada Netanyahu berkali-kali.
18:07setiap kali Netanyahu datang ke New York
18:11si Kushner itu akan keluar daripada katilnya
18:14serahkan katilnya kepada Netanyahu dan dia akan tidur di bawah rumah dia
18:22dalam basement rumah dia.
18:24Jadi kita dapati bahawa hubungan itu cukup karib
18:27oleh kerana itu Iran dan Pakistan pun setuju supaya tidak terus berunding dengan Kushner dan sebagainya
18:38dan kerana itu J.D. Vans itu dibawa balik.
18:43tapi Amerika Syarikat
18:45maaf, Trump
18:47sudah terima berbilion-bilion
18:52daripada pihak yang menyokong Israel itu
18:55dan tidak dapat keluar daripada itu
18:58dengan mudah.
19:00Tapi saya rasa tekanan itu
19:02akan terus meningkat
19:04terutama sekali memandangkan bahawa
19:06sokongan terhadap perang ini di Amerika Syarikat
19:10dan apalagi di Eropa dan sebagainya
19:13sikit sekali
19:14dan dia terpaksa memikirkan semula
19:19masa depan politiknya sendiri
19:21dan juga masa depan
19:23dan kesan ekonomi yang agak meluas
19:26di seluruh dunia
19:28yang sudah tentu memberi implikasi terhadap
19:31hubungan Amerika Syarikat dengan pihak-pihak lain
19:34terutama sekali terhadap sekutunya
19:36dan ini sudah tentu
19:38merupakan satu masalah besar bagi ini.
19:41Prof, mungkin soalan ini juga
19:43Prof akan menyifatkannya sebagai soalan
19:46untuk Ali Nujum
19:47tetapi kalau kita bercakap soal dalam konteks
19:50worst case scenario Prof
19:51ini cukup penting untuk kita teliti
19:53berdasarkan pengalaman, pembacaan, pengiraan, pengamatan Prof sendiri
19:57adakah mungkin worst case scenario-nya
20:01adakah kita mungkin berdepan risiko contohnya
20:04pertumbuhan yang lebih perlahan
20:06tekanan inflasi yang mungkin luar biasa selepas ini
20:09atau mungkin yang
20:10sesuatu yang mungkin lebih serius
20:12pengamatan Prof melihat perkara ini
20:15Maaf sekali lagi Haris
20:17sebenarnya worst case scenario itu
20:21lebih teruk daripada itu
20:23iaitu perang nuklear akan mula
20:28dan perang nuklear akan meluas
20:30dan apabila itu berlaku
20:33saya rasa
20:34walaupun itu bukan tujuan
20:38Trump apalagi Netanyahu
20:41tetapi ini akan melibatkan banyak pihak-pihak yang lain
20:44dan terutama sekali sekatan terhadap hormus kemarin dulu
20:50dan kita dapati bahawa ini akan memberi implikasi yang cukup besar
20:54jadi kita tidak dapat ramalkan
20:57dan kita tidak dapat pastikan
20:59apa yang akan berlaku
21:01kalau perang
21:03sebab pihak Israel
21:06menganggap bahawa
21:11pihak Israel memang
21:13ingin mengadakan perang nuklear
21:17dengan apa yang dikatakan
21:19senjata
21:20taktikal
21:21tetapi taktikal nuklear itu
21:24maksudnya
21:24bom yang lebih kecil
21:28kesannya
21:30tetapi
21:31kalau kita lihat misalnya
21:34Israel
21:36Israel itu bukan negeri yang besar
21:37kalau ada bom terhadap Israel
21:40dan walaupun
21:46Iran mungkin tidak ada
21:50bom nuklear pada waktu ini
21:53tidak boleh dinafikan bahawa
21:56ada sekutu-sekutu dia
21:58yang mungkin sanggup untuk membekalkannya
22:01terutama sekali
22:02yang jelas sekali
22:03Korea Utara
22:05telah memberitahu bahawa
22:07dia sanggup untuk membekalkan
22:09bom nuklear
22:10jadi kemungkinan
22:12perang nuklear itu bermula itu
22:15adalah
22:16bagi saya lah
22:17itu senario
22:18yang
22:20kes yang teruk sekali
22:22dan
22:22saya
22:23tidak dapat ramahkan
22:25bukan hanya kerana
22:26bukan Ali Nujung
22:27tetapi
22:28dalam keadaan di mana
22:30apa yang berlaku ini
22:33bukan mengikut
22:34undang-undang
22:36bukan mengikut
22:37undang-undang perang
22:39apa yang dapat
22:41kita jangkakan
22:42saya rasa
22:44tidak ada
22:44banyak yang kita dapat
22:46ramalkan
22:47dan oleh kerana itu
22:48keadaan ini
22:49cukup
22:51sulit
22:52bagi semua pihak
22:53tetapi
22:54terutama sekali
22:56bagi kita
22:57sebagai negeri-negeri
22:58yang
22:59yang
23:00yang cuba
23:01berkecuali
23:02dan
23:04dan
23:04terpaksa
23:05menghadapi
23:06akibat
23:07daripada
23:08langkah-langkah
23:09yang telah diambil
23:10oleh pihak-pihak
23:11yang
23:12memang
23:13ingin
23:14berperang
23:15tidak
23:16itu tidak dapat
23:17dinafikan
23:17Prof
23:19berbaki mungkin
23:20dalam lebih kurang
23:215 minit
23:21perbincangan kita
23:22ini lagi
23:22bagaimana Prof
23:24melihat
23:24tindakan
23:25paling kritikal
23:26yang perlu
23:26dilakukan
23:27kerajaan
23:28pada ketika ini
23:29mungkin
23:30harapnya
23:30bukan
23:31satu langkah
23:31yang sekadar
23:32reaktif
23:33sesuatu berlaku
23:33baru
23:34tindakan
23:34dilakukan
23:35mungkin
23:35sesuatu yang
23:36lebih proaktif
23:37Prof
23:38ingin
23:38lihat
23:39sesuatu yang
23:39dilakukan oleh
23:40kerajaan
23:40terutamanya
23:41dalam
23:41nak memastikan
23:42Malaysia
23:43ini
23:44daya tahannya
23:45itu
23:45lebih kukuh
23:46dalam nak
23:47menghadapi
23:48kejutan luaran
23:49seperti ini
23:49Prof
23:51saya rasa
23:52dua kesan
23:54besar
23:54apa yang
23:56telah berlaku
23:57bukan hanya
23:57dari perang
23:58ini
23:59tetapi
23:59malah sebelumnya
24:00juga
24:00kita dapati
24:02bahawa
24:02usaha
24:03untuk
24:04memastikan
24:07keselamatan
24:08apa yang
24:09dikatakan
24:09tenaga
24:10dan
24:11keselamatan
24:12makanan
24:13itu cukup
24:14penting
24:14selama ini
24:16kita tidak
24:16kita seolah-olah
24:17mengabaikan
24:18ataupun
24:19dari segi
24:20keselamatan
24:21makanan
24:22kita hanya
24:23mementingkan
24:24ada cukup
24:25beras
24:25sedangkan
24:26misalnya
24:27sayuran
24:29dan sebagainya
24:30kurang
24:32diutamakan
24:33dan kita
24:34harus mempunyai
24:35satu
24:36dasar
24:37makanan
24:39dan pertanian
24:39yang
24:40lebih
24:40yang
24:43tidak
24:44ketinggalan
24:44zaman
24:45daripada
24:46dasar-dasar
24:47penjajah
24:48British dulu
24:49yang
24:50penjajah
24:51British
24:51memang
24:51tidak
24:52tidak
24:53mahu
24:53Malaya
24:55pada waktu itu
24:55mengimport
24:56beras
24:58kerana
24:59dia nak
25:00maksimumkan
25:01mata wang
25:02asing
25:03yang
25:04dikeluarkan
25:05daripada
25:05timah
25:07dan getah
25:08pada zaman
25:09dulu
25:09dan
25:10dia tidak
25:11mahu
25:11gunakan
25:12mata wang
25:12asing
25:13untuk
25:13mengimport
25:14beras
25:14apa
25:15apalagi
25:15daripada
25:16siam
25:17daripada
25:18negeri
25:18thai
25:19dan
25:20kita
25:21lagi
25:21yang
25:22dan
25:22negeri
25:23thai itu
25:23diluar
25:24daripada
25:25empire
25:25British
25:26dan daripada
25:27apa yang dikatakan
25:28kawasan
25:29sterling
25:29jadi kita
25:30dapati
25:30bahawa
25:31kita seolah-olah
25:32masih
25:33terus
25:35menekankan
25:36apa ini
25:37soal
25:38soal
25:40apa ini
25:41cukupnya
25:42beras
25:43tetapi kita
25:43kurang
25:44memberi perhatian
25:45terhadap
25:46makanan-makanan
25:47lain
25:47yang amat
25:48penting
25:48kalau kita
25:49lihat
25:50orang
25:50tua-tua
25:51yang
25:52masih ingat
25:53apa yang
25:55telah berlaku
25:55pada zaman
25:56Perang Jepun
25:57misalnya
25:57terpaksa
25:59makan
26:00ubi
26:02keladi
26:02dan sebagainya
26:03dan itu
26:04ada kesan-kesan
26:05buruk
26:05dari segi
26:07apa ini
26:09imbangan
26:11makanan
26:12maka
26:13jadi bagi saya
26:14usaha
26:16pihak
26:16kerajaan
26:17untuk
26:18mengutamakan
26:19kedua-dua
26:20dasar ini
26:22iaitu
26:23peralihan
26:25tenaga
26:27dan
26:27peralihan
26:28dan
26:28keselamatan
26:29makanan itu
26:30adalah sesuatu
26:31yang cukup penting
26:33tetapi
26:33kita tidak
26:34harus ingat juga
26:35bahawa ada banyak
26:36kepentingan-kepentingan
26:38yang akan
26:39terus melambat-lambatkan
26:40peralihan
26:41demikian
26:42kerana
26:43mempunyai
26:43kepentingan yang berlainan
26:45dan kita
26:46dapati
26:47bahawa
26:48kerajaan
26:48mesti
26:49serius
26:50terhadap
26:50dalam hal ini
26:51dan kita juga
26:52harus memikirkan
26:54soal-soal lain
26:55dari segi
26:55kesihatan
26:56dan sebagainya
26:57yang sudah tentu
26:58berkait dengan
26:59soal makanan
26:59dan juga
27:01keadaan alam sekitar
27:03dan sebagainya
27:04jadi ada banyak
27:05perkara
27:05dan kita
27:06dapati bahawa
27:07pada
27:07masa
27:09apa ini
27:10pandemik
27:11COVID
27:11kita dapati
27:13bahawa
27:13ada
27:14kecocokan
27:14kata
27:14seluruh
27:17masyarakat
27:18usaha-usaha
27:20yang melibatkan
27:21seluruh
27:21masyarakat
27:22dan
27:22setiap
27:24aspek
27:24pihak
27:25pemerintahan
27:27tapi kita
27:28dapati bahawa
27:29dengan
27:30akhirnya
27:31apa ini
27:35darurat
27:36pandemik itu
27:38kita dapati
27:38bahawa
27:39usaha-usaha
27:42sedemikian itu
27:43sudah dilupakan
27:44dan kita
27:45tidak boleh
27:46macam
27:47disebut tadi
27:48macam
27:49dasar-dasar
27:50hangat-hangat
27:51tak ayam
27:51bila ada krisis
27:53kita buat sesuatu
27:54lepas itu
27:55kita lupakan saja
27:56dan itu
27:57saya rasa adalah
27:58sesuatu yang amat penting
27:59kita memikirkan
28:00soal
28:01keselamatan
28:02tenaga
28:03keselamatan
28:04makanan
28:04dan
28:05perkara-perkara
28:06yang berkaitan
28:07dengan itu
28:08terima kasih
Comments

Recommended