00:00Malaysia dan Thailand mengamalkan pendekatan yang berbeza secara asas dalam pengurusan subsidi bahan api.
00:06Ini sekaligus mencerminkan perbezaan keutamaan dasar serta strategi kedua-dua negara dalam mengimbangi kestabilan ekonomi dan kebajikan rakyat ketika berdepan
00:16ketidaktentuan harga minyak global.
00:20Di Malaysia, sistem subsidi berasaskan mekanisme harga otomatik atau EPM yang membolehkan harga runcit bahan api bergerak seiring penanda aras
00:29global dengan pelaksanaan subsidi bersasar bagi mengurangkan tekanan kos terhadap kumpulan dan sektor tertentu.
00:35Sementara itu, Thailand bergantung kepada dana minyak bahan api atau oil fuel fund bagi menampan harga domestik membolehkan harga runcit
00:42mengikuti pasaran sambil sebahagian kenaikan diserap melalui subsidi yang disalurkan daripada dana berkenaan.
00:49Pengalisis Kanan Restate Energy, Jerish Sen berkata, pengurangan harga diesel di Thailand baru-baru ini hanya memberikan kelegaan jangka pendek
00:58kepada kos logistik serta sedikit peningkatan daya saing sektor eksport berintensif pengangkutan namun ia tidak harus dianggap sebagai perubahan dasar
01:08struktur.
01:08Jerish berkata, perbezaan harga diesel antara Malaysia dan Thailand mencerminkan perbezaan asas dalam kerangka subsidi kedua-dua negara dengan model
01:17sealing harga universal Thailand berfungsi sebagai penampanjang kependek.
01:21Ujarnya, dalam senario konflik berpanjangan, persoalan utama bagi Thailand bukan sama ada pelarasan harga akan berlaku tetapi sejauh mana kadar
01:29dan urutan pelarasan itu dapat diurus secara teratur sebelum kapasiti pinjaman dana tersebut habis digunakan.
01:35Jika tidak, kenaikan harga secara mendadak berkemungkinan berlaku apabila ruang pinjaman itu telah kehabisan.
01:43Bermula 11 April, Thailand menurunkan harga runcit kebanyakan produk diesel dan gasol sehingga 6 baht seliter sempena musim perayaan Songkran
01:50bagi meringankan kos pengangkutan dan perbelanjaan isu rumah.
01:53Dana tersebut yang ditubuhkan pada 1973 dibiayai melalui pinjaman dengan hat sehingga RM150 bilion atau sekitar RM18.7 bilion berbanding
02:04sistem subsidi Malaysia yang bergantung kepada hasil kerajaan.
02:08Juris berkata keadaan itu menunjukkan bahawa walaupun harga diesel Thailand kini sedikit lebih rendah berbanding Malaysia, jurang tersebut tidak dijangka
02:15dapat dikekalkan dalam jangka masa terdekat.
02:17Model berasaskan hasil di Malaysia adalah lebih beraya tahan kerana ia dibiayai melalui bajet kerajaan, disasarkan kepada pengguna dan dikawal
02:27melalui kuota sekaligus memberi ruang kepada kerajaan mengurus pendedahan tanpa menambah beban hutang struktur.
02:34Malaysia katanya telah beralih kepada rangka kerja subsidi yang lebih bersasar, membolehkan tekanan kos diurus secara lebih beransur-ansur sambil
02:42mengawal pendedahan fiskal.
02:43Malah Malaysia memulakan pembaharuan subsidi dalam tempoh harga yang agak stabil, manakala Thailand sebahagian besarnya terpaksa menyerap kejutan sebelum melaksanakan
02:53pelarasan struktur.
Comments