Skip to playerSkip to main content
  • 22 minutes ago
Cadangan memperkenalkan model perniagaan baharu bagi menangani isu air tidak terhasil atau nrw perlu mengambil kira implikasi terhadap tarif air yang akhirnya ditanggung rakyat.
Transcript
00:00Baik, cadangan memperkenalkan model perniagaan baru bagi menangani isu air tidak terhasil atau NRW perlu mengambil kira implikasi terhadap tarif
00:09air yang akhirnya ditanggung rakyat.
00:12Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadila Yusof berkata, sebarang pendekatan baru yang sedang diteliti ketika ini masih di peringkat perincian
00:19dan belum dimuktamadkan.
00:22Fadila Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata pelbagai model perniagaan telah dibincangkan di peringkat suruhan jaya
00:30perkhidmatan air negara SPAN bersama syarikat utiliti namun keputusan akhir memerlukan persetujuan kerajaan negeri.
00:37Pemegang taruh sekali lah kerajaan negeri sebab kebanyakannya utiliti company adalah dimiliki oleh kerajaan negeri.
00:45Sebab akhirnya kalau kita apa pun bisnes model yang kita buat, ia akan menentukan tarif akan salah satu perkara yang
00:54akan diperimbangkan.
00:55Yang akhirnya tarif ini akan dibiayai oleh rakyat. Sebab itu kita kena melihat keseluruh itu.
01:00Menurutnya lagi, kadar purata NRW di Malaysia kini berada pada tahap 34.3% dengan beberapa negeri mencatatkan kadar melebihi
01:1040%.
01:11Bagi menangani isya itu, kerajaan persekutuan menggunakan perdekatan berbeza mengikut tahap NRW negeri termasuk pemberian geran bagi negeri berisiko tinggi
01:21serta mekanisme padana pelaburan bagi negeri yang berjaya mengurangkan kadar kehilangan air.
Comments

Recommended