Skip to playerSkip to main content
  • 28 minutes ago
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah meminta Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman supaya mempercepatkan proses tersebut memandangkan ia tidak memerlukan kos yang besar.
Transcript
00:00Seterusnya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengarahkan agar pondok keselamatan agensi penguatkuasa di sempadan dinaik taraf segera
00:09selepas mendapati keadaannya lebih daif berbanding gerai berger.
00:13Menurut beliau, Ketua Setusa Kementerian Dalam Negeri, Datuk Awang Alik Jeman telah diminta mempercepatkan proses naik taraf itu kerana ia
00:21tidak melibatkan kos yang tinggi.
00:25Saya memilih semalam untuk meninjau pula di perbatasan sempadan daripada Padang Besar, Bukit Kawi Hitam, Durian Burung, Pengkalan Hulu.
00:37Turun sendiri. Saya tak tahan kalau tengok tempat bertugas pasukan kita di bawah.
00:45Dia punya tempat berlindung dia itu, dia macam store burger. Store burger lebih cantik.
00:53Bagi ada, yalah, presentable sikit lah. Tidak dia duduk kawal kereta keluar masuk, dia jaga jangan ada penyeludupan, jangan ada
01:01segala macam.
01:03Dia berehat tu, tempat rehat dia tu, Masya Allah. Itu tak begitu menarik sangat lah.
01:10Saifuddin Nasution berkata pihak atasan perlu mengambil berat perkara tersebut dan isu-isu asas seperti penyediaan pondok perlu diselesaikan dengan
01:18segera.
Comments

Recommended