Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta orang ramai hentikan polemik dan kontroversi berhubung dakwaan penghantaran minyak diesel dari Malaysia ke Filipina.
Transcript
00:00Hentikan kontroversi berhubung dawaan penghantaran diesel dari Malaysia ke Filipina.
00:06Perkara itu ditegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan dawaan itu sebagai tidak benar.
00:11Perdana Menteri menjelaskan penghantaran diesel dari Malaysia ke Filipina itu melibatkan syarikat asing yang beroperasi di negara ini dan bukannya
00:19milik Petronas.
00:22Betul itu syarikat asing. Dia dapat kelulusan dan dari pengerang. Bukan syarikat Malaysia. Bukan syarikat Petronas.
00:34Dan dia memang ada perjanjian bawa minyak jual ke Filipina. Bukan kita bagi kepada Filipina. Tapi kita tidak menahan. Kita
00:44bagi laluan minyak orang dalam perjanjian asing.
00:47Itu yang kita lalui. Walaupun setinggi kontroversi, saya harap hentikanlah kontroversi ini dan tunggu untuk bangunkan negara dalam seolah-olah
00:56ekonomi yang mencabar sekarang ini.
00:58Media Filipina baru-baru ini melaporkan kira-kira 329,000 tong atau 52.3 juta liter diesel dari Malaysia telah
01:08dihantar ke negara itu.
01:09Sekaligus menambah bekalan bahan apinya ketika pasaran minyak global berdepan ketidaktentuan susulan krisis di Asia Barat.
01:17Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended