Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Perbicaraan kes melibatkan pengasas FashionValet Sdn. Bhd., Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar ditangguhkan selepas pihak pembelaan memohon lanjutan masa bagi menyiapkan laporan audit kewangan.
Transcript
00:00Perbicaraan kes melibatkan pengasas Fashion Valley Sendiran Berhad, Vivi Yusof dan suami Dato' Fazaruddin Shah Anwar
00:07ditangguhkan selepas pihak pembelaan memohon lanjutan masa bagi menyiapkan laporan audit kewangan.
00:13Peguam bela Sharvin Raj berkata pihaknya memerlukan tempoh 6 hingga 7 minggu
00:19untuk membolehkan juru audit dilantik menyiapkan laporan melibatkan dua syarikat iaitu Fashion Valley Sendiran Berhad dan 30 Maple Sendiran Berhad.
00:31Sharvin turut memaklumkan pihaknya perlu menyerahkan 12 Juli dokumen laporan audit kewangan kepada pihak juru audit sebelum pernyataan pembelaan tertuduh
00:39disediakan.
00:40Mahkamah kemudian menetapkan tarikh baharu perbicaraan bermula pada 20 dan 24 Julai diikuti 17 dan 18 Ogos, 16 dan 23
00:49Oktober, 3, 20 dan 30 November, 17 dan 18 Disember serta 15, 28 dan 29 Januari 2027.
00:58Dalam pada itu, pihak pembelaan turut memohon agar mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh mendapatkan pasport antarabangsa bagi urusan pemohonan visa
01:06menunaikan haji.
01:07Pemohonan itu dibuat berikutan syarat ketat pihak kedutaan Arab Saudi yang memerlukan pasport diserahkan sepanjang proses pemohonan visa selain mengambil
01:17kira situasi geopolitik semasa.
01:20Pasangan itu dijangka menunaikan ibadah haji bermula 13 Mei hingga 17 Jun ini sebelum pasport diserahkan semula kepada mahkamah pada
01:2818 Jun.
01:29Terdahulu, VV38 dan Fazal Rudin37 mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah dana pelaburan membabitkan Kazanah Nasional Berhad dan Pemodalan
01:40Nasional Berhad PNB berjumlah RM8 juta.
Comments

Recommended