Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menegaskan keutamaan jangka pendek khususnya keselamatan bekalan bahan api perlu diberi fokus segera bagi memastikan kestabilan ekonomi negara terus terpelihara dalam suasana geopolitik global yang tidak menentu.
Transcript
00:00Dalam persekitaran global yang tidak menentu, keutamaan terhadap keperluan jangka pendek dilihat sebagai langkah paling kritikal bagi memastikan kestabilan ekonomi
00:08negara.
00:09Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad Dr. Muhammad Afzanizam Abdul Rashid berkata fokus segera perlu diberikan kepada aspek keselamatan bekalan,
00:18khususnya bahan api, bagi mengelak gangguan yang boleh menjejaskan aktiviti ekonomi domestik.
00:24Kita mahu pastikan adalah bekalan bahan api itu sentiasa mencukupi. Sekarang ini kita dimaklumkan hujung bulan Mei dan mungkin awal
00:31bulan Jun dan sebagainya segi stok yang kita ada dan keutamaan sekarang ini adalah untuk meningkatkan ataupun tempoh hayat stok
00:39ini supaya lebih panjang lagi masanya itu.
00:42Jadi usaha seperti bekerja dari rumah, saya kira itu satu perkara yang sangat penting untuk dilaksanakan supaya penggunaan bahan api
00:50itu dapat diselaraskan dan dapat di-extend lagi orang kata itu stok pile yang kita ada sekarang ini.
00:56Itu penting kerana kita tak mahu suatu keadaan yang panik, kita tidak mahu melihat orang beratur di stasi minyak kerana
01:05kalau perkara itu berlaku kesannya adalah sangat buruk untuk ekonomi negara dan kita mahu elakkan perkara tersebut 100%.
01:12Pada masa sama, beliau berkata, ekonomi Malaysia dijangka kekal mencatat pertumbuhan yang agak selesa pada suku pertama 2026, disokong oleh
01:20momentum kukuh pada suku keempat tahun lalu yang melepasi 6%.
01:24Dalam tempoh semasa, impak kenaikan harga bahan api global masih belum dirasai sepenuhnya, berikutan peranan dasar subsidi yang terus membantu
01:32mengurangkan tekanan kos hari hidup.
01:34Sehubungan itu, pertumbuhan antara 5 hingga 5.5% bagi suku pertama tahun ini dilihat munasabah dan berpotensi untuk dicapai.
01:43Beliau berkata demikian dalam program niaga awani pada Isnin.
Comments

Recommended