Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Kerajaan berusaha mengimbangi persediaan rakyat menghadapi kesan konflik global terhadap bekalan tenaga tanpa mencetuskan panik atau sikap sambil lewa.
Transcript
00:00Kerajaan berdepan cabaran besar mempersiapkan rakyat menghadapi kemungkinan kesan konflik global terutama krisis tenaga.
00:08Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pendekatan paling sukar ketika ini adalah mengimbangi mesej kepada rakyat supaya
00:15bersikap realistik dan tidak panik.
00:21Jadi cabaran kepada kerajaan terutama dari segi strategi komunikasi ialah kita nak mempersiapkan rakyat untuk menerima hakikat, the pain is
00:31coming.
00:34Tapi kita tak mahu rakyat panik. Pada masa yang sama kita pun tak mahu rakyat kompleksen.
00:41Sebagaimana nak olah? Nak buat macam mana?
00:46Beliau berkata demikian ketika berucap sempena himpunan pulanan kementerian dalam negeri di Putrajaya pada Isnin.
00:53Beliau mengakui keadaan semasa memerlukan pendekatan komunikasi yang amat berhati-hati kerana kerajaan tidak boleh dilihat mengambil sikap selesa ketika
01:02risiko gangguan bekalan tenaga semakin meningkat.
01:06Kita letakkan dulu asasnya. Yang pertama apa dia? Kita akan sedaya upaya memberikan keutamaan kepada kebajikan rakyat.
01:18Supaya dia jangan terasa impak kepada konflik ini. Impak apa? Kenaikan harga misalnya. Putus bekalan misalnya.
01:28Itu isu besar. Yang kedua adalah dari segi kestabilan ekonomi. Ini dua fokus utama kerajaan.
01:36Tambah beliau, pendekatan paling sesuai ketika ini adalah bersikap berterus terang dengan berkongsi maklumat sebenar berkaitan cabaran bekalan serta kemungkinan
01:45kenaikan harga pada masa hadapan.
01:47Terima kasih telah menonton!
01:52Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended