00:00Baik, keputusan Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainuddin melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang dibuat demi mastikan suasana lebih harmoni
00:09dan memperkukuh perjalanan Perikatan Nasional PN.
00:12Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan maklumkan bahawa alasan tersebut dinyatakan dalam surat perletakan jawatan yang dihantar kepada Pengurusi PN Datuk
00:20Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pada ahad.
00:23Jelasnya tindakan Hamzah itu bertujuan mewujudkan suasana lebih baik dalam gabungan pembangkang utama negara.
00:29Ujarnya dalam surat itu juga, beliau berharap tindakannya itu dapat memudahkan proses dalam PN sekaligus memastikan kelancaran pentadbiran dan keharmonian
00:37dalam gabungan pembangkang utama negara.
00:39Dalam hari itu, Takiyuddin berkata PN akan menghantar surat pemakluman mengenai kekosongan jawatan Ketua Pembangkang ke Speaker Dewan Rakyat dalam
00:46masa terdekat.
00:47Takiyuddin yang juga setiausaha Agung PAS berkata pada Sabtu pengurusi PN menerima surat daripada Hamzah memaklumkan perletakan jawatan Ketua Pembangkang.
00:55Katanya PAS sudah mempunyai calon yang sesuai untuk menggantikan Hamzah.
01:00Ketua Pembangkang
Comments