00:00Hak laluan transit di Selat Hormuz adalah hak undang-undang antarabangsa yang dicamin di bawah konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
00:08mengenai Undang-Undang Laut Unclosed dan tidak tertakluk kepada rundingan atau keizinan negara pesisir.
00:15Koordinator Unit Undang-Undang Antarabangsa Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia USIM Prof. Madya Dr. Mohd Hazmi
00:23Mohd Rosli berkata Selat Hormuz diklasifikasikan sebagai selat yang digunakan untuk pelayaran antarabangsa dan tertakluk kepada rejim laluan transit di
00:33bawah unclosed serta undang-undang adat antarabangsa.
00:43Ujar beliau, rejim ini memberikan hak kepada semua kapal untuk melalui selat tersebut secara berterusan dan tanpa halangan.
00:52Hak ini jelasnya bukan bersifat pilihan atau esan mana-mana negara pesisir tetapi merupakan hak undang-undang yang jelas.
01:00Beliau berkata negara pesisir tidak mempunyai kuasa untuk menangguhkan atau menggantungkan hak laluan transit.
01:06Termasuk ketika berlaku konflik, memandangkan prinsip itu diwujudkan bagi memastikan laluan meritim strategik dunia tidak dijadikan alat tekanan politik.
01:15Mengulas laporan bahawa kapal Malaysia tidak dikenakan sebarang tol untuk melalui selat hormuz hasil rundingan diplomatik,
01:22Mohd Hazmi menegaskan isu sedemikian tidak seharusnya timbul kerana unclosed, khususnya artikel 26 melarang negara pesisir daripada mengenakan sebarang cas
01:32semata-mata atas alasan laluan pelayaran.
01:35Beliau berkata persepsi bahawa kapal perlu mendapatkan kebenaran atau lampu hijau daripada negara pesisir untuk melalui selat hormuz
01:44boleh membawa implikasi jangka panjang terhadap kebebasan pelayaran antarabangsa.
01:49Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa cabaran sebenar bagi negara meritim, termasuk Malaysia,
01:55adalah memastikan keseimbangan antara pendekatan diplomatik, pragmatik dan pemeliharaan prinsip undang-undang antarabangsa
02:03agar kebasan pelayaran global terus terpelihara.
Comments