00:00Orang ramai dinasihatkan supaya memanfaatkan sepenuhnya kemudahan perkhidmatan digital yang disediakan Jabatan Pengkutan Jalan JPJ bagi melaksanakan urusan tanpa perlu
00:10hadir ke kaunter susulan peningkatan harga minyak ketika ini.
00:14Ketua Pengarah JPJ, Datuk Edy Fadli Ramli dalam kenyataan pada Ahad berkata, agensi itu mengambil maklum situasi global semasa berkaitan
00:21bekalan dan harga pasaran minyak susulan ketegangan berlarutan di Asia Barat yang memberi tekanan kepada pasaran dunia serta kesal langsung
00:28kepada rakyat.
00:31Oleh itu, beliau berkata pendekatan urusan di hujung jari bukan sahaja memudahkan pelanggan, malah menjadi langkah praktikal yang dapat membantu
00:39rakyat menjimatkan kos petrol, mengurangkan masa perjalanan dan mengelakkan kesesakan di pejabat JPJ.
00:46Katanya sebanyak 33 urus niaga boleh dilaksanakan melalui portal rasmi JPJ, manakala 16 urus niaga boleh lagi diakses melalui aplikasi
00:55MyJPJ.
00:56Orang ramai digalakkan untuk menggunakan platform ini bagi urusan yang tidak memerlukan kehadiran fizikal.
01:02Edy Fadli berkata, JPJ komited dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada rakyat melalui peluasan penggunaan platform digital selaras dengan ekspresi kerajaan
01:11ke arah perkhidmatan yang lebih cekap, pantas dan berintegriti.
01:15Jelasnya pendekatan ini bukan sahaja menyokong agenda penjimatan tenaga negara, malah memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih pantas, mudah
01:25dan mesra rakyat.
01:27Terima kasih kerana menonton!
Comments