00:00Sekurang-kurangnya dua kapal dilaporkan berjaya keluar dari pelabuhan Iran dan merentasi selat hormus walaupun Amerika Syarikat mengumumkan sekatan laut
00:08terhadap negara itu.
00:09Menurut data penjejakan maritim, kapal-kapal tersebut merupakan sebahagian daripada sekurang-kurangnya empat kapal berkaitan Iran yang masih menggunakan laluan
00:18berkenaan selepas ancaman sekatan diumumkan oleh Washington.
00:23Data daripada penyedia maklumat maritim Kepler menunjukkan kapal kargo berbendera Liberia, Kristiana, melintasi selat itu pada 13 April selepas memunggah
00:32kira-kira 74,000 tan jagung di pelabuhan Bandar Imam Khomeini.
00:37Sebuah lagi kapal tangki berbendera Komoros, Elpis, turut dilaporkan berada berhampiran Pulau Larap sebelum berjaya melepasi selat perkenaan pada hari
00:45yang sama.
00:45Kapal itu membawa kira-kira 31,000 tan metanol selepas berlepas dari pelabuhan Bushir pada 31 Mac lepas.
00:53Selain itu, sebuah kapal tangki Cina, Rich Tari, turut dilaporkan merentasi selat perkenaan melalui laluan yang diluluskan Iran di selatan
01:00Pulau Larap.
01:01Sebelum ini, Pusat Komando Tentera Amerika Syarikat atau CENTCOM menyatakan sekatan akan dikenakan terhadap semua kapal yang memasuki atau keluar
01:08dari pelabuhan serta kawasan pesisir Iran di Teluk Parsi dan Laut Oman.
01:13Namun, penganalisis mariti memberi amaran bahawa isyarat penjejakan kapal di kawasan tersebut berkemungkinan terganggu atau dimanipulasi, sekaligus menyukarkan pemantauan tepat
01:23pergerakan kapal.
01:24Iran pada masa yang sama mengecam keras tindakan Amerika yang disifatkan sebagai pencabulan kedaulatan dan integriti wilayahnya.
01:31Pentadbiran Presiden Donald Trump sebelum ini mengumumkan sekatan terhadap pelabuhan Iran akan dilaksanakan sesuai kegagalan rundingan damai di Islamabad.
01:39Dalam perkembangan yang berkaitan, pengawal revolusi Iran memberi amaran bahawa sebarang kehadiran kapal tentera asing di Selat Hormuz boleh dianggap
01:46sebagai pelanggaran gencatan senjata rapuh yang dicapai selepas lebih 40 hari konflik yang sengit.
01:52Pihak tentera Iran turut memberi amaran bahawa sebarang serangan terhadap pelabuhan negara itu berisiko mencetuskan tindak balas yang lebih meluas
01:59di peringkat serantau.
Comments