Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
IMF menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi global 2026 kepada 3.1 peratus susulan kesan konflik Asia Barat, dengan amaran pertumbuhan boleh merosot lebih rendah dan inflasi meningkat sekiranya perang berlarutan serta harga minyak terus melonjak.
Transcript
00:00Sementara itu, dalam World Economic Outlook WEO, IMF juga menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi global 2026 kepada 3.1%, manakala unjuran
00:102027 dikekalkan pada 3.2%.
00:14Angka tersebut menunjukkan kelembapan berbanding anggaran pertumbuhan 3.4% yang dicapai pada tahun 2025.
00:23Sebelum tercetusnya konflik di asa barat, unjuran bagi pertumbuhan ekonomi global dianggarkan pada 3.4% bagi 2026 dan 3
00:32.2% bagi 2027.
00:34Unjuran terbaru itu mengambil kira kesan peperangan dan berasaskan andaian bahawa konflik tersebut terhad dari segi tempoh, intensiti dan skop
00:42dengan gangguan dijangka beransur pulih menjelang pertengahan tahun 2026.
00:46Di bawah senario menunjukkan, inflasi global dijangka meningkat kepada 4.4% pada 2026 sebelum menurun kepada 3.7%
00:56pada 2027.
00:58Bagaimanapun, sekiranya konflik berlarutan dan lonjakan harga minyak berterusan lebih lama, laporan itu menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi global bagi 2026
01:06boleh merosot kepada 2.5%
01:09manakala inflasi global pula boleh meningkat kepada 5.4%.
01:14Dalam senario paling ekstrim, IMF memberi amaran bahawa pertumbuhan ekonomi global pada 2026 berisiko jatuh ke paras 2%.
01:22Unjuran pertumbuhan bagi negara ekonomi sedang pesat membangun dan pasaran baru muncul untuk tahun 2026 turut disemak turun sebanyak 0
01:31.3% kepada 3.9%
01:34manakala prospek bagi ekonomi maju kekal secara amnya tidak berubah.
01:39Dengan risiko masih cenderung ke arah penurunan sejak kemas kini WEO Januari 2026, IMF mencarangkan satu paket dasar menyeluruh yang
01:47menggabungkan langkah domestik dan tindakan antarabangsa yang diselaraskan
01:52bagi memperkukuh daya tahan dan keupayaan penyesuaian ekonomi global.
01:56Laporan itu turut menyatakan bahawa sekatan perdagangan hanya main keperanan terhad dalam membetulkan ketidakseimbangan
02:02tetapi boleh memburukkan pengeluaran sambil menggesa negara-negara supaya bekerjasama dan mengambil tindakan bersepadu
02:09bagi memulihkan kestabilan hubungan ekonomi antarabangsa.
Comments

Recommended