Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
IMF memberi amaran konflik berlarutan di Asia Barat boleh mencetuskan ketidakstabilan kewangan global, termasuk turun naik pasaran bon, tekanan mata wang, risiko kredit dan kesan terhadap pelaburan kecerdasan buatan.
Transcript
00:00Tabung kewangan antarabangsa IMF memberi amaran kestabilan kewangan global semakin meningkat susulan situasi semasa di Asia Barat.
00:07Menurut laporan Jin Hua, amaran itu dikeluarkan dalam laporan kestabilan kewangan global yang diterbitkan pada Selasa.
00:16Menurut laporan itu, sistem kewangan global sedang berdepan konflik berterusan di Asia Barat, potensi tekanan inflasi, peningkatan risiko kawalan lanjut
00:25dalam keadaan kewangan
00:26serta beberapa saluran yang boleh menyebabkan pergolakan pasaran berkembang menjadi ketidakstabilan kewangan.
00:33Semakin lama konflik berterusan, semakin besar risiko keadaan kewangan global akan menjadi lebih serius secara mendadak.
00:40Laporan itu turut menyenaraikan beberapa saluran yang boleh menguji daya tahan sistem kewangan dan membawa kepada risiko ketidakstabilan kewangan.
00:49Pertama, peningkatan turun naik pasaran bon boleh mengetatkan pasaran pembiayaan apabila paras hutang berbanding keluaran dalam negara kasar KDNK yang
00:59meningkat, menyebabkan turun naik hasil bon yang lebih besar.
01:03Kedua, pasaran sedang pesat membangun mungkin menghadapi tekanan terhadap mata wang dan aliran keluar modal apabila strategi carry trade berakhir
01:11dan terma perdagangan merosot.
01:13Ketiga, keadaan kewangan mendesak boleh menyebabkan penjualan paksa oleh dana lindung nilai, penjual opsion, dana dagangan bursa berumpilan serta perantara
01:24kewangan bukan bank NBFI lain yang berkembang melalui penggunaan umpilan.
01:30Selain itu, pelaburan besar dalam AI mungkin akan perlahan dengan ketara jika konflik Asia Barat berterusan.
01:37IMF menggesa pembuat dasar untuk bertindak tegas bagi mengukuhkan daya tahan dalam mengharapi konflik Asia Barat dengan mencadangkan dasar monetari
01:46mengekalkan kesabilan harga serta peka terhadap kesan limpahan daripada inflasi sebenar kepada jangkaan inflasi sambil kekal bergantung kepada data.
01:57Ia juga mengesyorkan perubahan pendirian fiskal ke arah dasar yang lebih ketat bagi memastikan hutang awam berada pada laluan stabil
02:03dengan perbelanjaan baru difokuskan kepada melindungi golongan rentan daripada kejutan inflasi.
02:10Menurut laporan itu, menutup jurang data, mempertingkat perkongsian data merentas bidang kuasa serta memperkukuh pengawasan adalah penting memandangkan NBFI semakin
02:20berumpilan dan semakin berkait dengan baik.
02:25Terima kasih.
Comments

Recommended