00:00Krisis di Asia Barat mula memberi kesan langsung kepada industri pembuatan di Korea Selatan apabila kekurangan bahan mentah plastik memaksa
00:08syarikat pembungkusan mengurangkan pengeluaran secara drastik.
00:13Dikilang milik Gawone International, mesin dilaporkan terhenti di tengah proses pengeluaran. Susulan kekurangan film plastik yang semakin meruncing sekaligus meningkatkan
00:22kos operasi.
00:26Pengurus pasukan jualan syarikat itu Han Kyung Hoon berkata peningkatan harga bahan mentah dan kelewatan bekalan menyebabkan syarikat tidak mampu
00:33menghasilkan produk seperti biasa.
00:46Menurut beliau pengeluaran harian kini merosot kepada hanya antara 10 hingga 20% berbanding kapasiti biasa sekitar 1 juta unit
00:54sehari sementara syarikat giat mencari pembekal baharu.
00:57Namun di sebalik krisis tersebut terdapat pihak yang meraih manfaat. Syarikat pembungkusan kosmetik Yoon Hoon menyaksikan peningkatan permintaan terhadap produk
01:05berasaskan kertas yang lebih mesra alam sebagai alternatif kepada plastik.
01:10Syarikat induknya Colma Korea memaklumkan pertanyaan pelanggan bagi pembungkusan berasaskan kertas meningkat 3 kali ganda susulan lonjakan harga plastik ke
01:19paras tertinggi dalam tempoh kira-kira 4 tahun.
01:22Antara pelanggan utama termasuk syarikat kosmetik dari Perancis L'Oreal yang berminat menggunakan tube kertas bagi produk seperti pelindung matahari
01:31dan lotion yang hanya menggunakan kira-kira 20% plastik berbanding pembungkusan konvensional.
01:52Di peringkat serantau, Asia yang merupakan antara pengguna plastik terbesar dunia, kini berdepan tekanan untuk beralih kepada bahan lebih lestari.
02:01Data Organisation for Economic Cooperation and Development menunjukkan China, Jepun, Korea Selatan dan Asia Tenggara
02:08menggunakan hampir 1 per 3 jumlah plastik global menjelang 2022 meningkat mendadak sejak 1990.
02:15Rantau ini juga menyumbang lebih 1 per 3 sisa plastik yang mencemari alam sekitar sebahagiannya berpunca terhadap sistem pengurusan sisa
02:23yang lemah di negara berpendapatan rendah di Asia Tenggara.
Comments