00:00Sementara itu, Presiden Donald Trump mahukan satu perjanjian besar dan menyeluruh dengan Iran, bukannya perjanjian kecil yang terhad.
00:08Naik Presidennya, J.D. Vance berkata, Trump inginkan perjanjian damai komprehensif yang bukan sahaja menangani isu nuklear, malah hubungan ekonomi
00:16dan peranan Iran di peringkat serantau.
00:20Vance berkata, perjanjian yang diingini Trump adalah Iran tidak memiliki senjata nuklear, tidak menjadi penaja keganasan dan pada masa sama,
00:28rakyat Iran boleh hidup makmur serta menyertai ekonomi global.
00:32Belum menambah bahawa Trump menawarkan pendekatan ekonomi yang normal kepada Iran, sekiranya Teheran bersedia bertindak seperti negara biasa dalam sistem
00:39antarabangsa.
00:40Vance bersama duta khas Asia Barat, Steve Bidkoff dan menantu Trump, Jared Kushner menyertai pusingan pertama rundingan dengan Iran di
00:48Islamabad.
00:49Selepas rundingan itu, Vance menegaskan keperluan komitmen afirmatif daripada Iran untuk tidak mengusahakan senjata nuklear.
00:56Menurut laporan The New York Times, Amerika mencadangkan penggantungan selama 20 tahun terhadap semua aktiviti nuklear Iran.
01:01Memetik dua pegawai kanan Iran dan seorang pegawai Amerika sebagai reaksi balas, Iran menawarkan cadangan balas untuk menggantung aktiviti nuklearnya
01:09sehingga 5 tahun.
01:11Gencata senjata sementara selama 2 minggu dijangka tamat minggu depan menjadikan perkembangan rundingan seterusnya amat kritikal terhadap kestabilan serantau.
Comments