Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Asfiza Abdullah berkata anaknya yang kini belajar di tingkatan satu sebuah sekolah di Bukit Sentosa, Rawang, belum dapat berjalan dengan normal.
Transcript
00:00Seorang murid sekolah rendah sekitar Rawang patah dua tulang kaki akibat gurauan rakan di bilik darjah pada September tahun lalu.
00:09Ibu kepada mangsa Asfiza Abdullah berkata sebelum kejadian, anaknya dipanggil ke belakang kelas oleh seorang murid sebelum kaki kanannya disepak
00:19dengan kuat.
00:20Menurutnya laporan polis dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kejadian.
00:26Susulan kejadian itu pelaku dikenakan hukuman gantung sekolah selama seminggu.
00:31Bagaimanapun Asfiza kesal kerana sehingga kini kes itu seolah-olah senyap sedangkan anaknya yang kini di tingkatan satu menderita setiap
00:39hari malah belum mampu berjalan secara normal.
00:42Dia menuntut insurans daripada pihak sekolah bagi menampung kos rawatan anak tetapi mendakwa sehingga kini belum menerima sebarang maklum balas.
00:51Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ibrahim Husin berkata kes terbabit tidak membabitkan unsur jenayah.
01:00Jelasnya pihak pengadu sudah menyelesaikan kes dengan pihak keluarga pelaku dan pihak sekolah.
01:05Isru Awani sedang berusaha mendapatkan kenyataan daripada Kementerian Pendidikan berhubung insiden ini.
Comments

Recommended