00:00Menteri Komunikasi Dato' Fahmi Fadil menyeru masyarakat, khususnya umat Islam, agar mengamalkan prinsip tabayun sebelum berkongsi sebarang kandungan berita.
00:09Beliau berkata setakat jam 3 petang Rabu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC membuka 42 kertas siasatan berhubung penyebaran maklumat
00:20palsu berkait krisis tenaga global yang tular di media sosial.
00:26Setakat jam 3 petang tadi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC telah membuka sebanyak 42 kertas siasatan berhubung penyebaran maklumat
00:39palsu berkait isu krisis tenaga global yang tular di media sosial dan platform digital.
00:47Manakala 22 individu dari pelbagai lokasi di seluruh negara telah dipanggil setakat ini untuk rakaman percakapan bagi membantu siasatan.
00:59Daripada 42 kertas siasatan yang dibuka, 31 kandungan melibatkan berita palsu berhubung kos bahan api.
01:09Bagi umat Islam, amalan tabayun amat dituntut seperti yang dinyatakan dalam Surah Al-Hujrat ayat 6.
01:18Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah yakni tabayun untuk menentukan
01:32kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan sesuatu musibah kepada sesuatu kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesal di atas
01:43apa yang kamu telah lakukan.
01:48Terima kasih.
Comments