00:00Jadi berdasarkan kenyataan Trump itu sebentar tadi, Amerika Syarikat secara prinsipnya telah menerima cadangan 10 perkara yang dikemukakan oleh Iran
00:10sebagai asas untuk menamatkan konflik.
00:13Tetapi, apakah sebenarnya yang terkandung dalam pelan genjatan senjata antara Amerika Syarikat dan juga Iran?
00:21Baiklah, menurut pihak berkuasa Iran, cadangan ini menjadi rangka kerja utama bagi berunding memutamatkan perjanjian yang lebih luas
00:32di mana saya mengklasifikasikan daripada 10 perkara tersebut, kita boleh bentangkan kepada 3 cabang iaitu yang pertama adalah dari segi
00:40keselamatan dan juga pendamaian
00:42di mana jaminan bahawa Iran tidak akan lagi diserang, ini bermakna sebarang serangan ketenteraan ke atas Iran akan dihentikan sebagai
00:52asas untuk rundingan damai.
00:54Ia adalah langkah pertama dalam membina kepercayaan antara kedua-dua pihak.
01:00Penamatan perang ini bukan secara kekal tetapi sekadar genjatan senjata.
01:04Ini menekankan genjatan senjata secara sementara tidak mencukupi di mana penamatan semua konflik serantau termasuk terhadap sekutu Iran.
01:15Cabang keselamatan ini juga turut merangkumi untuk menghentikan semua konflik yang melibatkan sekutu Iran dan juga dirantau lain.
01:24Dan kita boleh terus kepada cabang kedua di mana 10 perkara ini iaitu dari segi sekatan dan juga ekonomi di
01:32mana penarikan semula sekatan Amerika ke atas Iran termasuk sekatan premier dan juga sekunder
01:39membuka ruang ekonomi Iran untuk beroperasi tanpa halangan luar di mana Iran boleh membuka selat hormus sebagai laluan strategik
01:48dan seperti yang kita tahu selat hormus adalah laluan paling penting perdagangan minyak global dan juga Iran bersetuju membuka semasa
01:56rundingan sebagai tanda kerjasama.
01:59Bayaran 2 juta dolar seperti yang kita tahu pada hari ini adalah bagi setiap kapal yang melalui selat hormus itu
02:06di mana setiap kapal yang melalui selat strategik ini dikenakan bayaran tertentu sebagai mekanisme pengurusan laluan dan juga keselamatan.
02:15Hasil bayaran yang telah didapat oleh Iran ini akan digunakan untuk pembinaan semula bukan sebagai sekadar satu pampasan.
02:24Pendapatan daripada laluan selat itu juga akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk membina semula infrastruktur dan juga ekonomi yang telah pun ranap
02:34dan musnah ketika konflik ini sedang berlaku.
02:37Dan itu membawa kepada cabang terakhir dari 10 perkara tuntutan ini iaitu peraturan dan juga kawalan laluan
02:44di mana cabang terakhir menekankan kawalan strategik di mana Iran menetapkan peraturan bagi laluan selamat melalui selat hormus.
02:53Ini sangat penting bagi mengelakkan sebarang insiden dan memastikan pergerakan perdagangan global tidak terganggu.
03:00Bagaimanapun, pihak Iran menegaskan rundingan ini tidak bermakna perang telah berakhir,
03:06sebaliknya masih bergantung kepada persetujuan akhir dan juga perincian lanjut.
03:12Rudingan dijadualkan bermula tidak lama lagi dengan Pakistan sebagai pengantara dan dijangka berlangsung selama dua minggu.
Comments