00:00Seramai 300 personel MyStep, pembantu Warden Asrama, MyPWA, mula berkhidmat di sekolah berasrama di seluruh negara sejak 1 April lalu
00:09sebagai langkah mempertingkat keselamatan murid asrama.
00:13Menteri Pendidikan Falina Siddiq berkata inisiatif itu diwujudkan bagi menyokong tugas Warden terutama dalam pemantauan pada waktu malam demi memastikan
00:22kebajikan dan keselamatan murid terjamin.
00:24Menurut beliau, penglibatan MyPWA juga membantu meringankan beban guru yang sebelum ini turut menjalankan tugas pengawasan asrama selain tanggungjawab mengajar
00:35di bilik darjah.
00:36Tambahnya usaha itu akan diperluaskan dari semasa ke semasa selaras dengan komitmen kerajaan untuk menambah baik tahap keselamatan di semua
00:44institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan.
00:48Dalam pada itu, pelaksanaan MyPWA turut mendukung aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia RPM 2026-2035 yang memberi penekanan kepada peranan guru
01:00untuk lebih fokus terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.
01:03Terima kasih telah menonton!
Comments