Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Pengumuman gencatan senjata dua minggu oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap Iran dilihat sebagai langkah meredakan ketegangan jangka pendek. Namun, sifatnya yang bersyarat dan ketiadaan persetujuan penuh daripada Iran menimbulkan persoalan sama ada ia mampu berkembang menjadi keamanan berkekalan.
Transcript
00:00Seperti penegasan yang diberikan oleh Iran tadi bahawa rundingan ketika ini tidak bermakna perang telah berakhir dan ini semestinya menimbulkan
00:10persoalan sama ada genjatan senjata dua minggu yang diumumkan oleh Donald Trump bertukar menjadi keamanan berkekalan.
00:19Langkah itu dibuat pada saat akhir sejurus sebelum tarikh akhir serangan lanjut dengan satu syarat utama iaitu Iran perlu membuka
00:28semula selat hormus dengan segera.
00:32Dalam jangka pendek penangguhan ini mampu mengurangkan risiko peningkatan konflik secara serta-merta selain memberi ruang kepada usaha diplomasi dan
00:41juga rundingan.
00:42Namun begitu genjatan senjata ini bersifat sementara dan juga bersyarat.
00:47Iran masih lagi belum memberikan persetujuan yang penuh dan menuntut lebih daripada sekadar pembukaan semula laluan perdagangan termasuk pelonggaran sekatan
00:58dan penamatan konflik secara menyeluruh.
01:01Dalam masa sama Amerika Syarikat terus menekankan agar had dikenakan ke atas program nuklear Iran serta aktivitinya di rantau Asia
01:11Barat.
01:11Ia menjadi isu teras yang sukar diselesaikan dalam tempoh yang singkat.
01:17Persoalannya adakah genjatan senjata ini boleh menjadi kekal?
01:22Mungkin buat masa ini tidak tapi apa yang ada hanyalah ruang sementara untuk diplomasi namun tanpa persetujuan terhadap isu-isu
01:31asas ia berisiko menjadi sekadar penangguhan bukan penyelesaian.
01:36Kesimpulannya, dua minggu ini mungkin mampu meredakan konflik buat sementara waktu tetapi untuk mencapai keamanan berkekalan ia memerlukan lebih daripada
01:46sekadar satu tarikh akhir.
Comments

Recommended