00:00Kerajaan Thailand memberi jaminan bekalan api serta tambang pengangkutan stabil menjelang perayaan Songkran minggu depan, menurut juru cakap Kerajaan Rachada
00:08Tanah Direk.
00:09Rachada dalam kenyataan media pada Rabu berkata, kerajaan melaksanakan langkah komprehensif bagi memastikan orang ramai dapat pulang ke kampung halaman
00:18mereka dengan yakin tanpa menghadapi gangguan atau kekurangan bahan api sepanjang perjalanan.
00:26Ujarnya, Kementerian Pengangkutan meningkatkan sokongan perjalanan dengan penyelarasan bersama PTT Oil & Retail Business Public Company Limited untuk menambah simpanan
00:36bahan api di terminal bas seluruh negara yang dikendalikan oleh Transport Co Ltd.
00:41Sekaligus memastikan bekalan mencukupi untuk kedua-dua perkhidmatan bas perjadual dan tambahan semasa permintaan puncak.
00:49Beliau menambah tambahan pengangkutan awam kekal tidak berubah sepanjang tempoh Songkran bagi meringankan beban kewangan pengembara.
00:57Dalam pada itu, pihak berkuasa turut menjangkakan jumlah perjalanan yang tinggi antara 10 dan 19 April.
01:04Dengan lebih 10.65 juta kenderaan diunjurkan keluar dan memasuki Bangkok selain 15.89 juta kenderaan menggunakan lebuh raya.
01:14Penggunaan pengangkutan awam diramalkan melebihi 18.58 juta perjalanan penumpang mewakili peningkatan 10 hingga 14% daripada paras biasa.
Comments