00:00Sebanyak 347 majikan dikenakan kompaun berjumlah hampir 6 juta bagi tempoh Januari hingga Februari tahun ini selepas didapati menggaji dan
00:12melindungi pendatang tanpa izin.
00:14Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata tindakan tegas itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan jabatan berkenaan dalam menengani kedegilan
00:24majikan.
00:27Menurutnya, langkah itu juga bertujuan memberikan pengajaran serius kepada pihak majikan agar tidak memandang remeh aspek pematuhan undang-undang negara.
00:37Mengulas selanjut, Zakaria berkata sebanyak 1,939 majikan telah dikompon dengan nilai keseluruhan mencecah lebih 36 juta ringgit pada tahun
00:47lepas.
00:47Berhubung operasi bersepadu bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia JKDM dan Jabatan Alam Sekitar di Balakong serta Syah Alam pada Rabu,
00:57beliau berkata sebanyak 162 warga asing diperiksa dan daripada jumlah itu, 133 individu ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.
01:07Kesalahan yang dikesan katanya termasuklah tiada dokumen perjalanan, paslawatan yang telah tamat tempoh serta salah guna pas.
01:15Beliau berkata mereka yang ditahan melibatkan 131 lelaki dan 2 wanita berumur antara 20 hingga 45 tahun.
01:24Jumlah itu melibatkan sebanyak 11 warga Indonesia, 65 Bangladesh, 4 India, 17 Myanmar, 15 Nepal, 18 Pakistan, 2 China dan
01:351 Vietnam.
01:36Kesemua warga asing terbabit disiasat mengikut Akta Imigresen 1959, Palangan 63, Akta Paswat 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Akta
01:48Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.
Comments