00:00Indonesia menerima dapatan awal daripada siasatan berhubung siri serangan yang mengorbankan tiga anggota pengamannya yang berkhidmat di bawah pasukan Interim
00:09Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan atau UNIFIL.
00:13Republik itu turut menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB, menyegerakan siasatan penuh.
00:23Pemangku pengarah keamanan dan keselamatan antarabangsa di Kementerian Luar Indonesia, Veronica Rompis berkata Jakarta telah mengambil maklum dapatan itu dan
00:31sedang memantau perkembangan dengan teliti.
00:34Tambah Rompis, Indonesia turut menggesa semua pihak membawa pelaku ke muka pengadilan serta bertanggungjawab terhadap serangan ke atas anggota pengaman.
00:42Dalam insiden pada 29 Mac lepas, seorang anggota pengaman Indonesia terkorban, manakala dua lagi maut sehari kemudian.
00:51Lima anggota lain cedera dengan kebanyakannya mengalami kecederaan ringan.
00:55Pada 3 April, tiga lagi anggota pengaman Indonesia cedera dalam satu letupan di El Adaiseh, Selatan Lubnan.
01:01Sementara itu, jurucakap setiusaha agung PBB, Stefan Dujaric berkata, anggota pengaman Indonesia yang terkorban pada 29 Mac meninggal dunia selepas
01:11terkena projek tail yang ditembak daripada kereta kebal Merkava milik Israel,
01:15manakala dua lagi maut pada 30 Mac akibat letupan peranti letupan buatan sendiri atau IED.
01:22Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Yvonne Mewenkang berkata, Indonesia setakat ini hanya menerima laporan mengenai dua insiden pertama.
01:31Terima kasih telah menonton!
Comments