00:00Persetujuan gencatan senjata antara Iran dan Amerika Syarikat tidak menunjukkan Tehran, tewas dalam konflik yang berlarutan hampir 40 hari.
00:09Sebaliknya ia membuka ruang strategik kepada Tehran untuk mengukuhkan pengaruhnya khususnya di Selat Hormuz.
00:16Pakar Hubungan Antarabangsa dan Pertahanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Dr. Nur Aisyah Hanifah berkata,
00:23gencatan senjata berkenaan memberi peluang kepada Iran menggunakan kelebihan geopolitiknya, terutama kedudukan di laluan perdagangan minyak utama dunia itu.
00:36Jelas beliau Selat Hormuz disifatkan sebagai senjata ekonomi kepada Iran dan perutupan laluan itu bukan sahaja menjejaskan rantau Asia Barat,
00:44malah memberi kesan kepada ekonomi global termasuk sistem petrodolar.
00:48Amerika Syarikat akan mengalami akibat yang teruk jika petrodolar itu merosot ya kerana petrolium merupakan satu yang sangat penting ya
00:59kepada negara-negara perindustrian ya.
01:03Bukan sahaja Amerika Syarikat tetapi juga kepada seluruh dunia.
01:08Dan pada masa sekarang ini, Iran jika mereka membuka Selat Hormuz ini selepas kata sepakat ini dicapai,
01:17ini menunjukkan bahawa gencatan senjata telahpun bermula.
01:22Mengulas lanjut, Nur Aisyah berkata gencatan senjata itu masih bersifat rapuh dan berisiko untuk kembali kepada konflik
01:29jika kedua-dua pihak gagal mematuhi syarat yang dipersetujui.
01:34Beliau turut menekankan peranan mereka dalam memastikan sekutunya tidak mengambil tindakan
01:39yang boleh menjejaskan kestabilan perjanjian tersebut.
01:43Perang boleh meletus dalam masa dua minggu ini jika kedua-dua pihak ini tidak berhati-hati
01:52ataupun kurang berhati-hati.
01:54Apa yang penting adalah kedua-dua belah pihak perlu mengikuti dengan kuat
02:01ataupun mematuhi gencatan senjata yang fleksibel ini supaya tidak ada satu pihak yang menyalahgunakan.
02:10Menurutnya pembukaan semula selat hormus susulan persetujuan kejahatan senjata
02:16menunjukkan langkah awal ke arah meredakan ketegangan
02:19dengan laluan perkapalan dijangka kembali beroperasi dalam tempoh terdekat.
02:24Namun, Amerika dijangka membincangkan 10 tuntutan Iran dalam merundingan
02:29yang melibatkan peranan mediasi Pakistan di Islamabad pada Jumaat ini.
02:33Terima kasih telah menonton!
Comments