Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Kerajaan kekal komited memberi keutamaan terhadap isu bekalan dalam negara bagi memastikan ia tidak terjejas susulan kesan konflik di Asia Barat yang masih berlarutan.

Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, meskipun konflik itu kini memasuki tempoh gencatan senjata sementara, pemulihan daripada kesan terhadap infrastruktur tenaga di rantau berkenaan mungkin mengambil masa hingga bertahun.
Transcript
00:00Kerajaan Kekal Komitet memberi keutamaan terhadap isu bekalan dalam negara bagi memastikan ia tidak terjejas sesulan kesan konflik di Asia
00:07Barat yang masih berlarutan.
00:09Jurucakap Kerajaan Datuk Fahmi Fadila berkata, meskipun konflik itu kini memasuki tempoh genjatan senjata,
00:16pemulihan daripada kesan terhadap infrastruktur tenaga di rantau berkenaan mungkin mengambil masa yang lama.
00:23Bagi rakyat Malaysia untuk memahami bahawa akhirnya walaupun pada waktu ini perdamaian sementara telah dikecapi,
00:34namun kesan konflik tersebut terus kita rasai akibat daripada kerosakan kepada ekosistem dan perasarana tenaga di negara-negara teluk.
00:49Jemah Menteri dan juga Majlis Tindakan Ekonomi difahamkan bahawa tempoh masa untuk membaik pulih perasarana ini termasuk sama ada tangki
01:03-tangki penstoran,
01:04pipe-pipe yang digunakan untuk mengalirkan, menyalurkan sama ada gas maupun minyak mentah
01:15dan fasiliti-fasiliti bagi memproses minyak mentah akan makan masa ada yang mungkin dalam masa beberapa bulan ke beberapa tahun
01:28untuk pulih sepenuhnya.
01:32Kita juga telah dimaklumkan bahawa Selat Hormuz sebelum ini dalam satu-satu hari terdapat lebih 200 kapal yang akan keluar
01:41masuk
01:42dan kita dimaklumkan setakat ini masih terdapat lebih kurang 2,000 kapal yang terperangkap di Selat Hormuz.
01:51Sama ada kapal-kapal ini akan dapat dilepaskan dalam masa terdekat, masih akan makan masa.
02:01Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended