00:00Di sebalik kehilangan seorang ketua keluarga, masa depan anak-anak tetap perlu diteruskan dengan sokongan yang sewajarnya.
00:07Perpandanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN menerusi program Ziarah Kasih PTPTN,
00:12menziarahi waris Allahyarham Amirul Hafiz Omar, mangsa tragedi nahas kemalangan jalan raya akibat dirempuh pemandu mabuk di Jalan Raya Barat,
00:20Kelang, Selangor.
00:22Sebagai tanda sokongan, PTPTN menyampaikan sumbangan kepada tiga anak olayarham dalam bentuk simpanan akaun simpanan SSPN Prime berjumlah RM3,000
00:32dengan setiap anak menerima RM1,000.
00:35Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Noh Liza Abdul Rahim berkata sumbangan melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat CSR ini diharap dapat meringankan
00:43beban kewangan waris yang kehilangan insan tersayang.
00:46Menurutnya, simpanan SSPN menawarkan pelbagai keistimewaan termasuk pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun,
00:55pelindungan takaful percuma, geran sepadan sehingga RM10,000 bagi keluarga yang layak, kadar dividen kompetitif serta jaminan kerajaan dan patuh
01:03syariah.
01:04Selain itu, simpanan SSPN Plus menyediakan enam pakej serendah RM30 sebulan hingga RM500 sebulan dengan manfaat pelindungan takaful hingga RM1
01:13.2 juta,
01:14termasuk kairat kematian kepada pendeposit dan keluarga, serta pelindungan sehingga umur 69 tahun tertakluk kepada syarat ditetapkan.
01:23PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi akan terus komited memperkasa program CSR,
01:28khususnya dalam bidang pendidikan demi pembangunan anak bangsa, selari dengan moto peluang kejayaan anda dan tagline PTPTN prihatin kami kongsi
01:37kami bantu.
01:38Maklumat lanjut di portal rasmi PTPTN atau aplikasi MyPTPTN untuk akses lebih mudah, cepat dan selamat.
01:45Terima kasih telah menonton!
Comments