Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
Selat Hormuz menyaksikan trafik kapal minimum walaupun gencatan senjata antara Amerika Syarikat dan Iran masih berlangsung. Washington menuduh Tehran melanggar komitmen laluan minyak, manakala konflik di Lubnan terus menjejaskan usaha meredakan ketegangan. Situasi ini mencetuskan gangguan serius terhadap bekalan tenaga global.
Transcript
00:00Dalam hari itu, laluan strategik Selat Hormuz dilaporkan menyaksikan pergerakan kapal yang minimum pada Jumaat walaupun gecata-sejata antara Amerika
00:07Syarikat dan Iran sudah berkuat kuasa.
00:10Data penjejakan kapal oleh Marine Traffic menunjukkan trafik di laluan yang mengendalikan kira-kira 1.5 perdagangan minyak dunia itu
00:17masih terhad mencermihkan gangguan berterusan terhadap aliran tenaga global.
00:23Situasi itu turut menimbulkan persoalan terhadap keberkesanan gecata-senjata dua minggu antara Washington dan Tehran yang kini dilihat semakin rapuh
00:32menjelang rundingan di jadual berlangsung di Pakistan.
00:36Amerika Syarikat menuduh Iran gagal mematuhi komitmen berkaitan laluan tersebut manakala Israel pula dilaporkan melancarkan serangan ke atas Lubnan tindakan
00:46yang menurut Tehran melanggar perjanjian gecata-senjata.
00:49Setakat ini, tiada tanda Iran akan menarik balik sekatan hampir menyeluruh terhadap selat hormus.
00:56Republik itu tegaskan serangan berterusan Israel di Lubnan sebagai faktor utama yang menghalang kelonggaran laluan itu.
01:04Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dalam hantaran di media sosial menyifatkan Iran gagal memastikan aliran minyak berjalan lancar.
01:12Trump turut mengkritik tindakan Iran yang didakwa tidak membenarkan pergerakan minyak seperti dipersetujui.
01:18Gangguan tersebut dilihat sebagai antara yang paling serius pernah direkodkan terhadap bekalan tenaga global sekaligus meningkatkan kebimbangan terhadap kestabilan pasaran
01:28minyak dunia.
Comments

Recommended