Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Penganalisis ekonomi Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid menjelaskan Malaysia tidak boleh mengekalkan harga kawalan RON95 dalam jangka panjang tanpa menjejaskan kelestarian fiskal, terutamanya ketika konflik geopolitik menekan pasaran tenaga global. Pelarasan harga berisiko memberi kesan kepada inflasi, kos sara hidup dan perbelanjaan pengguna.
Transcript
00:00Baik, harga kawalan RON15 tidak boleh dikekalkan selamanya tanpa menjejaskan keuangan negara, terutama ketika pasaran global semakin tidak menentu.
00:09Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakaria Abdul Rashid berkata, dari sudut ekonomi, sebarang harga kawalan termasuk RON15 pada paras RM1.99
00:17selita merupakan satu cabaran besar untuk dipertahankan dalam jangka panjang.
00:22Dengan dinamika harga, mana-mana harga kawalan dalam hal ini termasuk RON95 tidak boleh kita pertahankan selama-lamanya pada paras
00:32yang tetap sedemikian RM1.99.
00:35Apatah lagi dalam situasi perang US-Israel-Iran ini yang sukar diramalkan. Jadi secara ekonominya, mengekalkan harga sealing atau harga
00:46kawalan pada paras tersebut
00:51bagi RON Notified adalah satu cabaran yang amat besar apabila berhadapan dengan keadaan pasaran yang volatile.
01:00Beliau mengulas cadangan Bank Dunia pada Khamis supaya Malaysia mempertimbangkan kenaikan harga petrol bersubsidi RON95 daripada RM1.99 selita kepada
01:11RM2.05 selita.
01:13Langkah itu bertujuan mengurangkan tekanan fiskal kerajaan susulan lonjakan harga minyak global yang kini melepasi 100 dolar Amerika setong akibat
01:23ketegangan berterusan di Asia Barat.
01:26Cerangan itu dibuat ketika subsidi bahan api melonjak dengan ketara daripada sekitar RM700 juta sebulan pada Januari kepada hampir RM4
01:34bilion pada April, jauh melepasi andaian harga minyak dalam belanjawan 2026.
01:41Walaupun kerajaan telah mengambil langkah awal dengan mengurangkan kuota budi RM95 kepada 200 liter sebulan,
01:48Bank Dunia berpandangan subsidi bahan api masih bersifat regresif dan semakin sukar dipertahankan jika konflik geopolitik berlanjutan.
Comments

Recommended