Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Kementerian Belia dan Sukan akan meneliti semula permohonan rayuan geran padanan oleh Persatuan Kebangsaan Basikal Malaysia sebelum keputusan dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Transcript
00:00Menteri Bidahan Sukan akan meneliti semula permohonan rayuan geran padanan sukan oleh Persatuan Kebangsaan Basikal Malaysia atau PKBM.
00:08Menterinya Dr. Taufik Johari berkata pihaknya telah menerima rayuan daripada PKBM untuk menyimak semula jumlah geran yang diluluskan.
00:17Kita sentiasa terbuka dan juga kita memberikan yang terbaik untuk semua persatuan dan kita nak jadikan geran padanan sukan ini
00:27sebagai salah satu platform penting untuk kita memberikan ruang dan peluang untuk acara-acara sukan kita.
00:36Dan untuk kejohanan pada 24 hingga 26 April ini mereka juga telah pun menerima geran padanan sukan dan sudah tentu
00:46ada sedikit rayuan daripada PKBM pihak Persatuan untuk saya review semula jumlah geran padanan sukan ini dan saya akan cuba
00:55meneliti dan melihat dan sebarang keputusan yang akan dibuat nanti saya akan umumkan kemudian.
01:02Jelasnya keputusan muktamat dijangka dibuat dalam masa terdekat selepas proses penilaian selesai.
01:09Menurutnya penilaian akan mengambil kira skala penganjuran kejohanan sama ada bertaraf antarabangsa atau domestik.
01:16Bagi saya begini, untuk geran padanan sukan kita perlu melihat dari segi kejohanan yang dilaksanakan.
01:23Jika kejohanan itu bersifat international, international world cup dan sebagainya, ia perlu bersesuaian dengan penyaluran dan pemberian itu sendiri.
01:32Kalau ia bersifat national ataupun lebih kecil, mungkin jumlahnya juga perlu disesuaikan.
01:39Jadi kita akan di peringkat jawatan kuasa akan sentiasa meneliti dan melihat semula segala permohonan geran padanan sukan itu sendiri.
01:48Tapi apapun, KBS akan sentiasa memberikan support sepenuhnya dan kita terbuka kepada pihak persatuan untuk mengutarakan sebarang pandangan, rayuan dan
02:01sebagainya
02:02untuk kita memastikan segala kejohanan yang dilaksanakan itu dapat berjalan dengan baik dan lancar.
02:08Beliau berkata demikian selepas mengadakan sesi lawatan ke Velodrome Nilai pada Jumaat.
02:13Terima kasih.
Comments

Recommended