Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita atas pemergian bekas Menteri Luar Iran, Kamal Kharazi yang meninggal dunia akibat kecederaan susulan serangan. Beliau menyifatkan Allahyarham sebagai diplomat luar biasa dan menyeru agar konflik yang berlaku dihentikan.
Transcript
00:00Dan pada itu, Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim menjahirkan rasa dukacita atas pemergian Kamal Karazi, bekas menteri luar Iran
00:08yang meninggal dunia akibat kecederaan susulan serangan yang dikaitkan dengan rejim Zionis Israel.
00:14Dalam satu kenyataan, beliau menyifatkan Kamal Karazi sebagai seorang diplomat luar biasa yang memiliki ilmu mendalam serta kepribadian yang penuh
00:23sopan dan mesra.
00:24Beliau berkata perkenalan mereka bermula ketika Karazi berkhidmat sebagai wakil Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.
00:31Dan hubungan itu berterusan sepanjang tempoh beliau menjadi menteri luar.
00:36Katanya dunia telah kehilangan seorang diplomat yang luar biasa dan beliau kehilangan seorang sahabat yang disanjungi.
00:43Beliau juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allah Ya Raham serta rakyat Iran secara keseluruhannya
00:49sambil menyifatkan pemergian itu sebagai satu peringatan terhadap harga yang perlu dibayar akibat konflik yang berterusan.
00:58Anwar menegaskan bahawa peperangan yang sedang berlaku perlu dihentikan segera.
01:03Terima kasih.
01:05Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended