Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Iran menjangkakan pengurusan Selat Hormuz akan memasuki fasa strategik baharu susulan serangan terhadap negara itu, dengan Tehran berhasrat menuntut pampasan undang‑undang dan harta benda daripada pihak yang bertanggungjawab. Kenyataan itu dibuat oleh Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Seyyed Mojtaba Hosseini Khamenei, ketika Iran dilaporkan bersiap sedia untuk rundingan dengan Amerika Syarikat, di tengah keadaan serantau yang masih tegang.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sementara itu, pengurusan selat hormas dijangka bakal masuki fasa baharu apabila Teheran dilaporkan akan menuntut bayaran dari pihak yang bertanggungjawab
00:08sebagai pampasan bagi semua kerugian berkaitan perang.
00:12Menurut pemimpin tertinggi Teheran, Ayatullah Syed Mushtabah Hosseini Khamini, peralihan ke fasa baharu tersebut dibuat susulan serangan ke atas negaranya
00:19yang telah juga mengorbankan bapanya Ayatullah Ali Khamini.
00:24Kenyataan ini dibuat dalam perutusan bersempena hari ke-40 pemergian bapanya yang juga bekas pemimpin tertinggi Iran, Ayatullah Ali Khamini.
00:34Selain itu, Mushtabah juga memaklumkan bahawa pemergian Ali Khamini disifatkan sebagai satu tamparan besar kepada rakyat Iran dan antara detik
00:44paling menyakitkan dalam sejarah mutakhir negara itu.
00:48Tegas Mushtabah, Iran akan beralih ke satu fasa strategik baru berkaitan Slat Hormuz namun tidak memperincikan bentuk atau langkah yang
00:57akan diambil.
00:59Ujarnya, Iran akan menuntut tanggungjawab dari segi undang-undang dan harta benda terhadap segala kerosakan yang berlaku akibat peperangan.
01:08Menurut beliau, Teheran tidak akan membiarkan mana-mana pihak yang menceroboh negara itu terlepas daripada hukuman serta akan menuntut pampasan
01:17termasuk kehilangan nyawa dan kecederaan yang dialami.
01:20Menurut laporan tempatan, kenyataan tersebut dibuat ketika Iran dilaporkan bersedia untuk mengadakan rundingan dengan AS di Pakistan yang dijangka bermula
01:31pada Sabtu dengan Pakistan bertindak sebagai orang tengah.
01:34Manakala Iran pula memaklumkan rundingan itu bertujuan memuktamadkan butiran perjanjian yang berpotensi dimeterai namun menegaskan ia tidak menandakan berakhirnya konflik.
01:46Ketika ini, rantau tersebut terus berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak Israel dan AS melancarkan serangan ke atas Iran pada
01:5528 Februari lalu yang dilaporkan mengorbankan sekurang-kurangnya 3,000 orang termasuk bekas pemimpin tertinggi negara itu.
02:04Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended