Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Jamawi Jaafar berkata arahan jelas telah dikeluarkan kepada Bahagian Kawal Selia Beras di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk melaksanakan penguatkuasaan itu.
Transcript
00:00Kerajaan Sabah memberi amaran dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemborong atau peruncit di Sabah
00:07yang didapati menyorok bekalan beras putih import.
00:10Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Dato' Jamawi Jaafar berkata, arahan jelas telah dikeluarkan kepada bahagian kawal selia beras
00:19di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan KPKM untuk melaksanakan penguatkuasaan itu.
00:27Beliau memandang serius isu keterjaminan bekalan makanan ruji rakyat Sabah itu dan enggan berkompromi dengan mana-mana pihak yang sengaja
00:35memanipulasi pasaran bagi tujuan tertentu.
00:39Beliau serius dan mengambil tahu akan keperluan beras yang mencukupi untuk rakyat Sabah.
00:43Terdahulu, Jamawi mempengurusikan sesi libat urus yang menghimpunkan semua agensi kerajaan dan pemain industri berkaitan beras bagi memastikan bekalan itu
00:53sentiasa mencukupi serta tersedia di pasaran tempatan seluruh negeri.
00:58Sesi itu dihadiri Wakil Lembaga Padi dan Beras Sabah, bahagian kawal selia beras KPKM, Padi Beras Nasional Berhad Bernas serta
01:06Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sari Hidup.
01:09Jamawi berkata sesi itu ialah platform penting dalam memperkukuh kerjasama strategik antara semua pihak bagi memastikan rantaian bekalan beras kekal
01:19stabil.
01:21Persetujuan telah dicapai untuk mengambil pelbagai langkah intervensi dan penguatkuasaan drastik bermula hari ini.
Comments

Recommended