00:00Kita sedia maklum bahawa hari ini sudah masuk hari yang ke-35, serangan ini berlaku dan konflik antara Amerika Syarikat
00:06dan Israel ini sebenarnya terhadap Iran ini masih belum menunjukkan tanda untuk berakhir, malah semakin menekan sistem ekonomi global.
00:15Kita imbas semula Jasmine antara perkembangan yang menjadi tumpuan setakat ini di mana di Iran, serangan terus dipertingkatkan dengan sasaran
00:25terkini termasuk pusat penyelidikan perubatan berusia lebih seabad di Tehran, Logi Keluli dan sebuah jabatan berhampiran ibu negara.
00:34Manakala dari segi angka korban pula Jasmine ia kekal terus meningkat dengan sekurang-kurangnya 2,076 terbunuh dan 26,500
00:45cedera sejak serangan bermula.
00:48Kementerian Luar Iran memaklumkan lebih 600 sekolah dan pusat pendidikan turut terjejas sejak 28 Februari.
00:55Dan itu di Iran. Kalau kita lihat di Amerika Syarikat pula, setiausaha pertahanan Pete Hexf memecat ketua staf tentera darat
01:04iaitu General Randy George serta beberapa pegawai kanan lain.
01:09Dan ini sebenarnya mencetuskan spekulasi rombakan kepimpinan tentera bagi menyelaraskan dengan agenda pentadbiran.
01:16Setakat ini, dari segi angka korban, Amerika Syarikat kehilangan 15 anggota tentera termasuk 2 di luar medan tempur dengan lebih
01:26200 lagi cedera.
01:28Itu kita sudah fahami dari segi Amerika Syarikat dan juga Iran. Kita fahami pula diplomasi perang dan serantau.
01:36Ia mana Pakistan terus berusaha mendorong rundingan damai antara Washington dan Tehran namun mengakui wujud halangan besar.
01:43Dalam masa sama, setiausaha agung Majlis Kerjasama Teluk menggesa Majlis Keselamatan PBB memberi kebenaran penggunaan kekuatan bagi melindungi Selat Hormuz
01:54daripada serangan Iran.
01:56Sementara itu, di Filipina pula memaklumkan kapalnya akan diberikan laluan selamat di Selat Hormuz selepas perbincangan dengan Iran bagi menjamin
02:05kelancaran bekalan tenaga.
02:08Saya kira setakat ini sahaja Jasmine, perkembangan konflik Asia Barat sudah tentu.
02:13Perkembangan dari semasa ke semasa akan saya bawakan di AstroAwani dan juga AstroAwani.com
02:18kembali ke Jasmine
Comments