00:00Pihak berkuasa Thailand melancarkan siasatan di seluruh negara terhadap kegiatan penyorokan bahan api secara haram.
00:07Langkah itu diambil selepas kekurangan 57 juta liter dalam penghantaran minyak ke wilayah surat tadi dikesan awal bulan ini.
00:18Menteri Kehakiman Leftenan General Polis Ruta Pond Nawarat berkata,
00:22pemeriksaan sedang dijalankan di stesen-stesen minyak oleh polis diraja Thailand dan Jabatan Pentadbiran Wilayah
00:29dengan pemeriksaan turut diperluas hingga ke depo bahan api.
00:33Katanya Jabatan Siasatan Khas DSI turut ditugaskan meneliti rantaian bekalan dari kilang penapisan hingga ke stesen minyak.
00:41Berhubung kekurangan di surat tani, siasatan mendapati,
00:44kapal tangki minyak mengangkut bahan api dari sebuah depo ke-6 kemudahan penyimpanan di wilayah itu menerusi 96 perjalanan.
00:52Secara keseluruhan, 217 juta liter dihantar, namun hanya 160 juta liter sampai ke destinasi,
01:01menyebabkan 57 juta liter tidak dapat dikesan semasa transib.
01:06Ruta Pond berkata, kes itu akan diklasifikasikan sebagai siasatan khas
01:10dengan tumpuan diberikan kepada kemungkinan berlaku ketidakwajaran dalam pemindahan melalui laluan laut.
01:17Terdahulu, Perdana Menteri Anutin Chanvirakul berkata,
01:22kerajaan sedang meningkatkan usaha bagi mencegah kekurangan bahan api.
01:26Ini termasuk mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan penyorokan dan pengalihan minyak secara haram daripada sistem domestik.
01:34Anutin berkata, kegiatan berkenaan merupakan pencatutan ketika krisis.
01:39Sekaligus, memaksa kerajaan meningkatkan subsidi daripada dana bahan api minyak bagi menstabilkan harga runcit.
Comments