00:00Krisis tenaga global diakini tidak memberi kesan terhadap kemajuan dan kos keseluruhan projek sistem transit rapid RTS-Link
00:08yang turut meliputi pembinaan kompleks kustom, imigresen dan kuarintin ICQ dan stesen Bukit Caga.
00:15Menteri Pengangkutan Anthony Locke berkata ketika ini kerja fizikal projek stesen dan kompleks berkenaan
00:21sudah berada di fasa akhir penyiapan dan dijangka beroperasi sepenuhnya tahun depan seperti dijadualkan.
00:28Sekarang ini ialah fasa pemasangan sistem. Jadi dia tak melibatkan banyak dari segi kos ban hapi dan sebagainya.
00:35Jadi saya yakin bahawa ia tidak memberikan kesan kepada projek ini.
00:40Setakat ini saya belum diberikan apa-apa ataupun dipangkikan apa-apa permintaan daripada pengangkutan kontraktor
00:47berkenaan dengan kenaikan kos kepada projek ini. Jadi saya yakin bahawa kos ini masih dapat dikawal mengikut kos asal.
00:56Dalam masa yang sama, beliau berkata pihak kontraktor telah memberi taklimat mengenai fasa seterusnya
01:02merangkumi pemasangan sistem ujian penerimaan, integrasi serta ujian dinamik yang akan dibawa ke peringkat Final Field Readiness.
01:11Ia dijangka dimulakan seawal September ini termasuk pemasangan e-gate yang telah siap sepenuhnya
01:16selain kerja pemasangan peralatan saringan badan dan peimbas bagasi yang bermula lebih awal daripada sasaran asal.
01:23Kompleks itu turut akan dilengkapi dengan 10 lorong saringan keselamatan, 18 unit penyimbas bagasi
01:30serta 100 laluan e-gate termasuk laluan khas penumpang tanpa bagasi.
01:35Malahan, ujian tren RTS juga telah mula dilaksana dan akan diteruskan secara berperingkat hingga penghujung tahun ini.
01:44Jelasnya, RTS Link ini dijangka mampu membawa sehingga 10,000 penumpang sejam
01:49bagi setiap arah dengan tempoh perjalanan kira-kira 5 minit antara Johor Bahru dan Woodlands.
Comments